Tiada Lagi Cinta, Adele Umum Bakal Cerai

Penyanyi terkenal Adele dilaporkan telah failkan penceraian terhadap suaminya, Simon Konecki selepas tidak lagi tinggal sebumbung sejak April lalu.

Beliau menfailkan penceraian di California, lokasi dia dan Konecki menetap sejak berkahwin. 

Dalam masa sama, penyanyi berusia 31 tahun ini berjanji akan terus komited dalam membesarkan anak mereka, Angelo yang dilahirkan pada tahun 2012.

Penyanyi kelahiran Britain ini pernah memberi bayangan mengenai rumah tangganya yang dikatakan retak menanti belah beberapa bulan lalu.

“When you catch yourself in your feelings then you remember who you are,” tulisnya.

Adele antara selebriti yang tidak gemar berkongsi kisah peribadinya dengan masyarakat. Sudah tentu kisah penceraian ini membuatkan sebilangan besar peminatnya terkejut.

“Saya akan berubah drastik dalam dua tahun ini dan akan terus berubah. Tiada masalah,” katanya yang mahu fokus pada diri dan anaknya.
Adele dan Simon Konecki berkahwin tanpa sebarang publisiti pada 2016. Mereka mempunyai seorang anak, Angelo yang kini berusia 6 tahun.
SGMS Faida