Tiada Lagi FBI Live…Next Is?

Program bual bicara FBI Live yang dikendalikan oleh bekas penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail dan Fara Fauzana telah melabuhkan tirai, baru-baru ini.

Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya, ke mana pergi mereka agaknya? Jangan risau, anda boleh saksikan mereka menerusi program baru yang diberi nama Dbilique.

Program baru, nafas baru! Nampaknya FBI dan Fara tak lagi berdua, mereka bakal ditemani tiga wajah baru iaitu personaliti media sosial, Faiz Dickie, penulis dan penceramah Ustaz Aiz serta Faiz Haiqal. Wah, lebih meriah lepasni!

Setiap di antara mereka bakal mempunyai slot tersendiri & mereka bersiaran setiap hari bermula Isnin- Jumaat bermula jam 4 petang hingga 9 malam. Good Luck team Dbilique!

SGMS Faida