‘Tiada Persiapan Raya Tahun Ini’- Anzalna Nasir

Pelakon Anzalna Nasir memaklumkan persiapan menyambut bayi yang bakal lahir sudah 80 peratus siap.

Anzalna ketika ditemui Xtra memberitahu dia juga tidak melakukan persiapan Raya tahun ini memandangkan fokus diutamakan kepada bakal anak.

“ Tiada persiapan Raya seperti selalu kerana semua tumpuan terarah kepada bakal baby boy yang bakal lahir bila-bila masa.

“ Doktor juga nasihatkan saya agar lebih kerap duduk rumah. Kaki pun dah cepat kebas. Insha Allah jika diizinkanNya, saya bakal bergelar ibu pada Hari Raya ini,” katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim anjuran Nona Roguy di PWTC, malam tadi.

Dalam pada itu, suaminya, Hanif Zaki memberitahu dia dan Anzalna masih dalam proses memilih nama untuk bayi lelaki pertama mereka ini.

“ Nama dah ada cuma belum muktamad. Kami masih senaraikan beberapa nama yang sesuai. Susah juga nak pilih nama anak rupanya,” kata Hanif tertawa.

Anzalna dijangka melahirkan anak pada awal Jun ini di Hospital Gleanagles dan memilih bersalin secara normal jika diizinkanNya.

Anzalna dan suami, Mohamad Hanif Mohamad Zaki berkahwin pada 21 Februari 2016.

SGMS Faida