Categories: Hiburan

TIAP KALI NAK BUAT SOLO JE, SANGKUT – TAM SPIDER

Separuh Akhir Muzik Muzik 32 pada ahad lalu, menyaksikan sebanyak 12 lagu yang dipilih untuk mara ke pentas Anugerah Juara Lagu. Antara persembahan yang paling mendapat perhatian peminat-peminat adalah persembahan penutup yang menyaksikan gandingan Tam Spider dan Bunkface .

Persembahan kedua-dua vokalis kumpulan hebat ini mengimbau kembali kenangan lama ketika kumpulan ini pernah mencipta sejarah menang pada Anugerah Juara Lagu yang lalu.

Ketika ditanya mengenai hasrat Tam Spider untuk mengulangi kejayaan “Relaku Pujuk” dalam Anugerah Juara Lagu, ini jawapan Tam

“Saya nak ulang balik kejayaan dulu bukannya susah tapi sekarang saya faham ada ramai pendatang-pendatang baru dalam industri muzik jadi saya kena sokong mereka”.

Tam juga turut memberi komen mengenai perancangannya untuk menerbitkan projek solo beliau.

 “Tiap kali nak buat solo je sangkut, sebab saya kena produce lagu untuk artis baru jadi saya utamakan mereka dahulu. Tahun depan mungkin, Insya allah” ujar beliau.

Kumpulan Spider yang baru sahaja mengeluarkan album mereka “Ankabut” pada tahun lepas, kini sibuk memenuhi permintaan untuk mengadakan persembahan showcase di seluruh negeri.

Sumber :https://www.instagram.com/tammustafah/?hl=en

Ad Ops