Tiara Jacquelina Terkilan Tak Dapat Jumpa Allahyarham Zaibo

Antara kenalan yang cukup terkesan dengan pemergian pelakon Zaibo adalah Puan Seri Tiara Jacquelina.

Menerusi perkongsian penerbit sitkom Spanar Jaya ini di Facebook, dia terkilan kerana tidak dapat berjumpa dengan Allahyarham Zaibo.

“ Saya tengah dalam perjalanan ke Batu Pahat nak jumpa dengan Zaibo hari ini.

“ Malangnya baru terima khabar duka dari Radhi Khalid, Abg Zaibo dah kembali ke Rahmatullah. Tak kesampaian janji saya pada beliau nak berjumpa,” tulisnya.

Tiara juga memaklumkan dia sempat berhubung dengan Allahyarham beberapa hari lalu.

“ Baru beberapa hari lepas kami sempat ber-video call, dan masa tu beliau masih ceria dan berjenaka seperti biasa.  

“ Sempat ambik screenshot ni. Kata Zaibo, hang seorang je yang tengok keadaan aku yang kurus macam ni. Aku rasa aku ada 4-5 bulan aja. Come and visit me soon ok?,” katanya.

Sebelum ini, Allahyarham Zaibo pernah memberitahu Tiara Jacquelina pernah menghubunginya mengenai rancangan menerbitkan semula (sitcom) Spanar Jaya versi baharu.

Dalam pada itu, Tiara turut mendoakan agar roh sahabatnya tenang di sana dan memaklumkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas Asar di Batu Pahat.

SGMS Faida