Serius Lah, Aprena Manrose Dah Kahwin?

Wah! Tak sangka pelakon cantik, Aprena Manrose, 25 telahpun mendirikan rumah tangga bersama pasangannya, Mohd Afiq Hazman. Mesti ramai yang patah hati dan terkejut sebenarnya pelakon yang popular menerusi drama bersiri Tiada Arah Jodoh Kita ini sudah berpunya kan?

Baru-baru ini Aprena ada memuat naik gambar beserta caption dilaman instagram beliau sempena ulangtahun perkahwinan beliau dan suami.

 

Nampaknya ramai juga netizen kat luar sana yang patah hati dengan pengakuan daripada pelakon ini kan. Apapun, rata-rata followers beliau mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Aprena dan suami.
Apapun, Aprena dan Mohd Afiq Hazman mendirikan rumah tangga pada 12 November 2016.
Salma Syahbuddin