Tidak Lagi Sebumbung, Noor Nabila & Engku Emran Cerai?

Status perkahwinan usahawan selebriti Noor Nabila dan Engku Emran Engku Zainal Abidin dikhabarkan sudah retak menanti belah.

Memetik laporan Harian Metro, sumber rapat kepada pasangan itu menyatakan mereka sudah tidak tinggal sebumbung dan sedang menjalani proses perceraian.

“Status mereka masih tergantung. Apapun doakan saja mereka,” katanya.

Malah, hubungan pasangan itu dikatakan sudah tidak sehaluan semenjak beberapa bulan yang lalu apabila segala perkongsian foto atau video bersama di media sosial masing-masing sudah dipadamkan.

Terdahulu, keberadaan Engku Emran mula menjadi tanda tanya dalam kalangan warganet dek kerana kelibatnya tidak kelihatan ketika Nabila dan anak tirinya, Jebat Jayden ingin berangkat menunaikan ibadah umrah, semalam.

Sebelum ini, Nabila dan Engku Emran telah mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mana Suami Nabila?” – Isteri Berangkat Tunai Umrah, Netizen Persoal Keberadaan Engku Emran

ARTIKEL BERKAITAN: “Family Man Sangat” – Gelagat Sharnaaz Ahmad Iring Jebat & Nabila Tunai Umrah Raih Pujian

 

Sumber: Harian Metro

Fatin Nurain