Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 12, 2023 @ 5:51pm

Tidak Simpan Dendam & Sudah Maafkan, David Teo Sedia Beri Mat Over Tawaran Berlakon

Penerbit terkenal David Teo mendedahkan dirinya sudah lama memaafkan dan tidak menyimpan dendam terhadap pelakon, Mat Over yang menamparnya ketika majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 Bersama Perdana Menteri, enam tahun lalu.

Menurut David, kini dirinya lebih terbuka dan sedia memberikan Mat Over tawaran berlakon dalam mana-mana filem terbitannya.

“Perkara itu enam tahun berlalu. Saya sudah maafkan dia. Ini yang saya katakan kepadanya ketika kami berjumpa dalam sebuah majlis berbuka puasa, baru-baru ini.

“Buat apa kita balas dendam atau pendam (marah). Kelak kita yang sakit.

“Saya tetap akan tawarkan dia berlakon kalau ada watak yang sesuai dengannya. Saya tengok dia boleh bawa watak dewasa macam seorang ustaz, ketua kampung dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu, David telah ditampar oleh pelakon itu ketika cuba menyuarakan pendapatnya di sebuah majlis yang turut dihadiri oleh nekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekitar Mei 2017.

Perkara tersebut berlaku kerana Mat Over menganggap cara penerbit itu bertutur kepada bekas Perdana Menteri itu sebagai tindakan yang biadap.

Malah, David turut mendedahkan ada di antara rakannya menyarankan agar beliau mengambil tindakan terhadap pelakon itu selepas insiden tersebut berlaku.

Namun, penerbit itu enggan memanjangkan isu tersebut dan memaafkan Mat Over demi menjaga keharmonian kedua-dua pihak.

“Ramai (kawan) yang suruh saya saman (Mat Over). Tidak kurang juga wartawan yang bertanyakan sama ada saya akan saman dia. Tapi saya tak mahu, saya kata, tidak.

“Saya percaya rezeki kita akan bertambah kalau kita maafkan orang. Memang, selepas insiden itu, rezeki saya semakin banyak, tidak berkurang.

“Insiden itu adalah sejarah yang tidak akan berulang. Ia adalah pertama, dan terakhir,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 24 Jun 2020
Hiburan Fri, 20 Sep 2019

许冠杰出席「许冠杰之夜」属不实传言

亚洲音乐娱乐发声明表示,目前收到来自马来西亚歌迷询问关于许冠杰出席北马区某餐吧所举办的「许冠杰之夜」属不实传言。

Events Wed, 26 Sep 2018
Hiburan Thu, 21 Aug 2025
Hiburan Thu, 28 Feb 2019

Yuna, Suga BTS Dan Epic High Disatukan Dalam Sleepless In

Yeay, Tak sabar nak dengar lagu Yuna X Epic High. Saranghae Unnie!

Featured Wed, 8 Mar 2023

“Dia Memukul Wanita Bernama Diana Pada 2005,” – Tiada Niat Ungkit Kisah Silam, Farid Kamil Kesal Isteri Masih Trauma

“Ambik gambar senyum dengan gigi palsu tu jari kasi tunjuk atas? Macho ke?” – Farid Kamil

Trending Thu, 3 Dec 2020
Hiburan Sat, 4 Jan 2020

Abang Sulung Naqiu Kembali Ke Rahmatullah

Semoga rohnya dicucuri rahmat…

Hiburan Wed, 6 Jun 2018

Berdepan Kontroversi Yang Hampir Sama, Ini Pesan Shukri Yahaya Kepada Syafiq Kyle

Shukri Yahaya juga mengakui bahawa agak lama baginya untuk memadam dan membersihkan namanya ketika terpalit dengan isu kontroversi tersebut

error: Content is protected !!