Tidak Tutup Aurat Selepas Pulang Dari Umrah, Shasha Abedul Dikecam Ahli Keluarga – “Tak Perlu Kata Netizen…”

Pelakon Shasha Abedul menerima kecaman gara-gara masih mengekalkan imej tidak bertudung selepas pulang mengerjakan umrah, pada bulan Ramadan lalu.

Memetik laporan Kosmo, dia bukan sahaja menerima kecaman netizen sahaja malah daripada ahli keluarga terdekat sendiri.

Namun, Shasha tidak cepat melatah dan sedar dengan segala tindakannya.

“Tidak perlu ambil kata-kata netizen, keluarga saya pun ada yang bercakap macam-macam.

“Bagi saya, Tuhan tahu tujuan dan niat saya. Dia mengetahui apa yang perlu diubah atau dilakukan.

“Yang penting saya harus betulkan dalaman terlebih dahulu sebelum luaran,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon drama Seindah Kasih ini turut menceritakan pengalaman sepanjang menunaikan ibadah puasa di Tanah Suci, Makkah.

“Malaysia lebih fokus dengan hari raya manakala orang Makkah sangat menitikberatkan soal ibadah puasa.

“Budaya memang berbeza tetapi pengalaman yang saya rasai sangat menyeronokkan,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shasha Abedul Mengerjakan Ibadah Umrah Sepanjang Bulan Ramadan – “Awalnya, Saya Berniat Sahaja…”

Maya Basir