‘Tiket Dah Habis Dijual’- Siti Nurhaliza Beri Amaran Kepada Scammer

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza mengingatkan peminat yang mahu datang ke konsertnya pada 16 Mac ini agar tidak terpedaya dengan ‘ulat tiket’.

Beliau yang baru selesai mengadakan konsert Siti Nurhaliza On Tour pada 2 Mac lalu di Singapura memaklumkan diberitahu mendapat aduan tiket untuk konsert di Kuala Lumpur masih lagi dijual.

” Saya mendapat aduan bahawa ada scammer menjual tiket konsert saya di Axiata Arena pada 16 Mac 2019 ini. 

” Tolong jangan tertipu dengan scammer kerana tiket Siti Nurhaliza On Tour sudah habis dan hanya dijual di www.myticket.asia,” tegasnya mengingatkan agar peminat tidak terpedaya. 

Pada 25 Februari lalu, pengurus Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak memaklukan tiket konsert di Kuala Lumpur telah habis dijual.

Siti Nurhaliza dijangka membuat persembahan di stadium Axiata Arena pada 16 Mac ini selepas selesai mengadakan persembahan di Istora Senayan, Jakarta dan Singapore Expo, Singapura. 

SGMS Faida