Aduh! 15 Tahun Berlalu, Faizal Tahir Seakan Tak Percaya Bila…

Komposer dan penyanyi Faizal Tahir luah rasa syukur kerana diberi peluang bekerjasama dan mencipta lagu untuk penyanyi lagenda, Zamani.

Menerusi laman Instagramnya, Faizal menulis luahan rasa bangga dapat menghasilkan sebuah karya buat penyanyi yang begitu disayangi ramai.

“ Peluang yang saya tidak dapat tolak. Masih jelas dalam ingatan saya lebih kurang 15 tahun yang lepas sewaktu saya bersama kumpulan nasyid Mirwana kami pernah berkongsi pentas dengan Zamani dalam satu persembahan.  

“ Selesai acara malam tersebut Zamani datang kepada saya dan mengatakan saya ada masa depan yang cerah dalam industri muzik. Dia bertanyakan saya sama ada saya mempunyai cita-cita untuk menjadi penyanyi solo kerana dia nampak bakat dan percaya dengan bakat saya. 

“ Tak ada seorang pun yang pernah mengatakan begitu kepada saya. Dia insan pertama yang percaya dengan bakat saya sewaktu itu. Jujurnya saya terkedu dan tak boleh proses kejap lepas dengar kata-katanya,” tulisnya teruja.

Kata pelantun lagu Gemuruh ini, dia amat terharu dengan kepercayaan Zamani terhadapnya dan tidak akan melupakan ayat yang keluar dari mulut penyanyi senior itu.

Selepas 15 tahun bertemu semula, Faizal mengucapkan terima kasih kepada Zamani dan pihak pengurusannya di @faithfulmusicmy kerana merealisasikan kerjasama ini.

“ Zamani memainkan peranan penting dalam hidup dan kerjaya saya. Mungkin dia juga sudah tidak ingat pertemuan dengan saya 15 tahun lepas. Namun ia tetap dalam ingatan saya sampai ke hari ini. Terima kasih abang. Allah bless you Zamani,” akhirinya.

Single Aduh kini boleh didengarkan di seluruh pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music. Jangan lupa untuk request di Hot Fm dan Kool FM!

SGMS Faida