Featured By: Maya Basir February 27, 2023 @ 7:57pm

“Tindakan Seorang Lelaki Yang Tidak Bermaruah” – Ceraikan Isteri Menggunakan Telefon, Ini Respons Puteri Sarah

Isu pelakon Hafidz Roshdi menceraikan isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri dengan talak satu melalui panggilan telefon sahaja sedang hangat diperkatakan.

Sebelum ini, pelakon Puteri Sarah pernah memberitahu dia ada memberi tunjuk ajar kepada Shuhada tentang tindakan yang boleh diambil untuk kes suaminya yang berlaku curang itu.

Menerusi perkongsian di TikTok @remaja.my, Sarah menyifatkan tindakan seorang lelaki yang menceraikan pasangan menggunakan telefon adalah sebagai pengecut dan tidak bermaruah.

“Saya rasa itu adalah tindakan yang pengecut. Sepatutnya kalau awak ambil anak dara orang cara baik, pulang pun cara baik. Jangan nak guna WhatsApp, nak guna telefon untuk berbuat demikian.

“Itu adalah tindakan seorang lelaki yang tidak bermaruah. Pulangkan secara baik lah. Ikut prosedur yang sepatutnya,” katanya.

Menurutnya lagi, gunakan cara yang betul dan jangan bertindak mengikut emosi sehingga boleh menjatuhkan maruah seorang isteri atau pasangan tersebut

“Marah macam mana pun, buat dengan cara yang betul. Jangan nak ikut marah kau lepas itu terus bertindak.

“Kesian. Kita sebagai wanita akan rasa macam kita ni tak bermaruah tau bila buat macam tu. Bila kau tak suka dengan kita, kau buat macam tu pulak. That is not the way,” ujarnya.

@remaja.my Demikian pendapat pelakon, #PuteriSarahLiyana apabila #Remaja bertanyakan mengenai perbuatan sesetengah lelaki yang memutuskan hubungan dengan pasangan mereka menerusi panggilan telefon atau menerusi mesej. What we can say is, #TaylorSwift was right all along.. 🤷🏻‍♀️ Lelaki seperti ini wujud! #majalahremaja #remaja #remajamalaysia #artismalaysia #selebritimalaysia #trending #fyp #fypage ♬ The Heart Wants What It Wants – Selena Gomez

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

Ayda Jebat Kongkong Siapa ?

Ayda Jebat dikatakan mengongkong di atas dasar cemburu betul ke?

Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Haqiem Rusli Kini Lebih Happy

Tak mahu ingat hal lepas, Haqiem bangkit dengan semangat baharu!

Featured Wed, 7 Dec 2022
Trending Mon, 26 Feb 2018

Impi Wajah Secantik Erra Fazira, Wanita Ini Menderita Kerana Suntikan Kolagen

Muka Firaun, ‘dagu cecah ke lutut’, ‘hantu dagu’, ‘dagu panjang’ ‘dagu terpisah muka’ dan ‘nenek sihir’, antara bentuk sindiran yang pernah dilemparkan kepada mereka sehinggakan berasa amat malu untuk berdepan dengan masyarakat.

Featured Tue, 24 Dec 2019

Ketahui istilah cantik Oki Setiana Dewi untuk wanita

Perkongsian ilmu Oki bermanfaat untuk dihayati!

Hiburan Wed, 18 May 2022
Featured Sun, 6 Feb 2022

| Live TV