Featured By: Aqilah Paharuzi April 27, 2022 @ 5:23pm

Netizen Dakwa Sumber Wang Ditaja Syarikat Perjudian, YouTuber Isa Isarb Dikecam!

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang wanita mengandung yang terjatuh ketika mahu menyertai cabaran yang dianjurkan oleh YouTuber penuh kontroversi, Isa Isarb.

Belum reda isu berkenaan, kini muncul pula isu baharu di mana netizen mempertikaikan hasil wang Isa yang selama ini disalurkan kepada orang ramai untuk konten-konten miliknya.

Dakwaan ini muncul setelah Isa memuat naik sebuah video cabaran bernilai RM10,000 yang dianjurkannya telah meraih perhatian netizen yang tertarik dengan penaja video berkenaan.

Artikel Berkaitan: Wanita Hamil Terjatuh & Dirempuh Gara-Gara Rebut Hadiah YouTuber Bernilai RM10,000… Netizen ‘Sekolahkan’ Suami!

Menerusi video tersebut, difahamkan YouTuber berkenaan berkata cabaran tersebut ditaja oleh syarikat M88 dan netizen mendakwa bahawa syarikat itu sebenarnya sebuah syarikat perjudian.

Dakwa mereka, secara tidak langsung, Isa telah mempromosikan syarikat perjudian kepada pengikutnya dan memberi wang haram.

Meninjau di ruangan media sosial Twitter, sebuah ciapan tular mengenai YouTuber berkenaan mengundang amarah netizen yang berang kerana sanggup menerima tajaan dan mempromosikan syarikat tersebut kepada orang ramai.

Lebih mengecewakan lagi, ramai pengikut Isa terdiri daripada golongan anak-anak muda beragama Islam.

Di samping itu, netizen sempat menitipkan nasihat kepada YouTuber tersebut untuk menyemak dahulu sebarang syarikat sebelum bersetuju untuk menerima tajaan berkenaan dan harus memikirkan berkaitan hukum halal dan haram.

Tambah mereka, sebagai seorang YouTuber dan pempengaruh, seharusnya Isa lebih matang dalam memberikan nilai konten yang baik agar bermanfaat kepada semua pihak dan bukan sebaliknya.

Namun, ada juga dakwaan daripada segelintir netizen yang mendedahkan Isa sudah lama ditaja oleh syarikat perjudian.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada penjelasan mengenai dakwaan tersebut oleh pihak Isa sendiri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 May 2018

Netizen Tak Suka Kalau Syed Saddiq Ada Apa-Apa Dengan Neelofa?

Syed Saddiq Ada Apa-Apa Dengan Neelofa ke .. ???

Trending Tue, 5 May 2020
Trending Wed, 29 Jul 2020
Featured Mon, 20 Apr 2020
Hiburan Thu, 1 Sep 2022

[VIDEO] “Lamanya Tak Tengok Lakonan Dia” – Nasha Aziz Bakal Muncul Dalam Drama Terbaru?

Wow!!!Cantiknya Nasha dalam video ni. Tetap letups walaupun dah 50an.

Hiburan Thu, 3 Jan 2019

‘Nanti ‘Dia’ Mai, Terus Sapu Bersih’, Murali Abdullah Kongsi Pengalaman Diserang Strok Kali Kedua

Semoga cepat sembuh Abang Murali… Ayuh doakan agar beliau kembali sihat seperti sedia kala. Insha Allah.

Events Thu, 22 Sep 2022
Hiburan Mon, 1 Jan 2018

12千人潮齐倒数迎新年 何念慈将推出个人写真集

槟城《嗨Fun Mmall跨年演唱会》圆满结束,当晚吸引12千人潮齐倒数迎新年!而大马网络女神Michiyo何念慈也为歌迷捎来好消息,透露将于2018年推出个人写真集及发专辑。