Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd May 5, 2020 @ 4:13pm

PKPB: Perjalanan Rentas Daerah Kini Dibenarkan, Tiada Had Masa Untuk Keluar

Khabar gembira buat mereka yang ingin bergerak dari daerah ke daerah!

Sejak bermulanya PKPB, antara persoalan utama di benak fikiran orang ramai adalah sekiranya perjalanan rentas daerah ke daerah dibenarkan atau tidak.

Namun, persoalan itu kini terjawab apabila Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bahawa perjalanan rentas daerah telah dibenarkan.

Rakyat boleh keluar selepas jam 10 malam dan tiada had masa

Beliau turut menjelaskan bahawa rakyat kini boleh keluar selepas jam 10 malam dan tiada had masa yang ditetapkan.

“Ini termasuk pergerakan antara daerah ke daerah juga dibebaskan. Jadi tiada had jangka masa untuk keluar dalam peraturan baru ini.”

Terdahulu, beliau mengumumkan bahawa empat orang serumah boleh menaiki kenderaan yang sama dan tiada sekatan buat mereka.

Baca artikel berkaitam: [Terkini] Empat Orang Serumah Dibenarkan Menaiki Kenderaan Sama

Perlu mohon untuk rentas negeri

Dalam pada itu, bagi perjalanan rentas negeri khususnya buat mereka yang terkandas di kampung. Menteri Kanan Dato Seri Ismail Sabri berkata larangan masih tetap diteruskan namun rakyat boleh mula melakukan perjalanan antara 7-10 Mei, sekiranya permohonan diluluskan.

Baca artikel berkaitan: PKP: Rakyat Boleh Melakukan Perjalanan Rentas Negeri Dari Kampung Bermula 7-10 Mei

Buat yang ingin memulakan perjalanan, semoga selamat tiba di destinasi dan jangan lupa untuk amalkan jarak sosial bagi mencegah penularan wabak COVID-19 daripada terus berterusan. Jaga kesihatan dan jaga diri masing-masing.

Untuk info lanjut rentas daerah, tonton video di bawah pada minit 21:49

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Jul 2023
Trending Mon, 1 Oct 2018

Sanggup Bergadai Nyawa Demi Ratusan Penumpang, Hero Palu Ini Akan Terus Diingati

Anthonius tidak menghiraukan keselamatannya dan dia terus membantu pesawat 6321 Batik Air berlepas dengan selamat.

Hiburan Thu, 11 Jun 2026

Tak Takut Orang Ambil Kesempatan, Cik B Pilih Ikhlas Dalam Persahabatan – “Kalau Dihargai Syukur…”

Menurut Cik B, dia tidak pernah berasa takut dipergunakan kerana percaya setiap hubungan yang dibina harus berlandaskan keikhlasan.

Featured Mon, 27 Jun 2022
Featured Fri, 29 Sep 2023
Featured Thu, 24 Nov 2022

Tuduhan Berjaya Dibuktikan, Siti Bainun Menangis Perlu Bela Diri

Semoga keadilan berpihak pada yang benar!

error: Content is protected !!