Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 11, 2026 @ 1:14pm

Tak Takut Orang Ambil Kesempatan, Cik B Pilih Ikhlas Dalam Persahabatan – “Kalau Dihargai Syukur…”

Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV), Cik B, mencuri perhatian netizen apabila berkongsi pandangannya mengenai persahabatan yang disifatkan penuh dengan nilai keikhlasan.

Menerusi ciapan yang dimuat naik di platform Threads, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21, menjawab pertanyaan segelintir pihak yang tertanya-tanya sama ada dia bimbang sekiranya ada individu mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Menurut Cik B, dia tidak pernah berasa takut dipergunakan kerana percaya setiap hubungan yang dibina harus berlandaskan keikhlasan.

“Ramai tanya saya takut tak orang gunakan saya? Tak.

“Bila kita berkawan dengan ikhlas, kita akan ikhlaskan semuanya.

“Kalau dihargai syukur, kalau tidak pun tak mengapa,” tulisnya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya kagum dengan kematangan pemikiran Cik B meskipun masih muda.

Malah, ramai turut memuji cara Vida mendidik anaknya sehingga memiliki sikap yang merendah diri serta tidak berkira dalam persahabatan.

Sebelum ini, Cik B menjadi perhatian ramai apabila menghadiahkan sebuah iPad kepada rakan baiknya, Viviana yang juga anak kepada penyanyi Ani Maiyuni, sempena sambutan ulang tahun kelahirannya.

Artikel Berkaitan: “Tak Pernah Terdetik Berkawan Dengan Cik B Sebab Harta”- Viviana Terharu Terima Hadiah Istimewa Sempena Ulang Tahun

Artikel Berkaitan: Viviana Luah Rasa Sebak, Hargai Persahabatan Dengan Cik B – “Saya Terharu Dilayan Seperti Keluarga”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Feb 2024
Hiburan Wed, 7 Feb 2018

CHINESE LADIES TOP THE ’55 MOST BEAUTIFUL WOMEN IN ASIA’ LIST

Many people tend to insinuate that only Western people’s features can be considered beautiful, but these 55 women prove that Asians are downright gorgeous too.

Featured Thu, 10 Aug 2023
Events Thu, 2 Jan 2020

「小巨肺」李佩玲与玛莎狂飙高音!嗨翻全场迎接新年

李佩玲和玛莎携手再登云顶云星剧场开唱!年仅19岁的两人不仅频频飙高音让歌迷听得过瘾,更是挑战多种语言和年代的歌曲,让全场嗨翻天迎接2020年。

Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Persis Bidadari, Fazura Makin Cantik Dalam Koleksi Busana Infinence

Dalam perkembangan lain, Fazura turut memberitahu beliau bakal masuk ke set penggambaran filem bersama produksi Indonesia.

Featured Mon, 9 Jan 2023
Featured Mon, 1 Aug 2022
Featured Mon, 9 Mar 2026

BCL Ambil Waktu Titip Ucapan Terakhir Buat Vidi Aldiano – “Saya Bersyukur Pernah Punya Kamu Dalam Hidup”

Selebriti popular Indonesia, Bunga Citra Lestari akhirnya meluahkan perasaannya selepas kehilangan rakan karibnya yang juga penyanyi, Vidi Aldiano pada Sabtu.

error: Content is protected !!