Events By: Atiqah Johari September 22, 2022 @ 7:18pm

Walau Atas Urusan Kerja, Bella Astillah Akui Segan Hubungi Lelaki Lain – “Saya Tak Pernah Chat Atau Kirim Mesej Langsung”

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mengakui bahawa dia berasa segan untuk menghubungi pelakon lelaki terutamanya yang berstatus suami orang walaupun atas urusan kerja.

Bella menganggap tindakan menghubungi atau menghantar kiriman mesej kepada pelakon lelaki merupakan sesuatu perkara yang kurang manis.

Pelakon itu menyatakan bahawa dia sebolehnya akan mencari dan berhubung dengan isteri pelakon Zamarul Hisham, Diana Rafar untuk bertanyakan segala hal berkaitan kerja katanya ketika ditemui di sidang media drama Aku Tanpa Cintamu pada Selasa.

“Saya juga kalau ada apa-apa yang nak tanya atau pesan kepada abang Zamarul, pasti akan kirim mesej kepada isterinya, kak Diana kerana lebih selesa.

“Saya tak pernah ‘chat’ atau kirim mesej langsung dengan abang Zamarul,” jelasnya.

Menurut isteri kepada Aliff Aziz itu, dia merasakan tindakan sebegitu lebih profesional dan baik.

Bukan itu sahaja, Bella Astillah, 28 turut memaklumkan bahawa dia tidak memilih tawaran watak tetapi akan berbincang dahulu dengan suaminya dari pelbagai sudut.

Jelasnya, dia perlu berfikir dan meneliti dengan baik mengenai watak yang ditawarkan kerana dia masih dalam proses belajar serta ingin menjaga batas sebagai seorang isteri dan ibu.

“Saya memang tak memilih dari segi tawaran watak diberikan kerana masih dalam proses belajar. Tapi, asalkan watak itu tidak keterlaluan, okeylah. Sebabnya, anak-anak saya pun menonton televisyen dan tak mahu mereka tengok yang bukan-bukan.

“Saya tak cuba menunjuk diri baik. Cuma, saya kena fikirkan banyak pihak yang perlu dijaga terutama hati keluarga. Tapi, Aliff selalu ada membantu kerana dia juga sentiasa berada di set penggambaran menemani saya,” ujarnya.

Menerusi drama terbaharu, Aku Tanpa Cintamu di slot Samarinda TV3, Bella memegang watak heroin sebagai Nuha di mana dia seorang pelakon bercita-cita tinggi namun dikawal oleh suaminya, Adam, yang dilakonkan oleh Zamarul Hisham.

Drama ini turut diserikan oleh barisan pelakon seperti Datuk Seri Eizlan Yusof, Zarynn Min, Shah Iskandar, Mas Anizan dan ramai lagi.

Untuk info, drama Aku Tanpa Cintamu telah bersiaran di TV3 sejak 15 September dan mempunyai 15 episod.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 30 Dec 2018

Jutawan Alha Alfa Selamat Bertunang

Sama cantik sama padan… Tahniah Datuk Alha Alfa & pasangan!

Hiburan Wed, 6 Dec 2017

余文乐结婚啦!彭于晏搞笑P走新娘献祝福

余文乐5日晒出婚礼现场照宣布结婚,与台湾“皮带大王”千金王棠云(Sarah)走入婚姻殿堂!他好友也是外界戏称的「绯闻男友」彭于晏也飞到墨尔本见证婚礼。

Trending Fri, 25 Sep 2020
Hiburan Thu, 30 Aug 2018

Tahniah! Antara Momen Indah Sharnaaz Ahmad Dan Noornabila Bersama Baby J

Pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noornabila akhirnya menerima zuriat sempena ulangtahun ke- 33 Sharnaaz. 

Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Hampir Setahun Menunggu, Aishah Kecewa Dipermainkan?

ihak sana ada memberitahu mahu berjumpa selepas raya haji tapi sampai sekarang masih diam tanpa berita. Sehingga sekarang, saya masih tertunggu-tunggu jawapan. Kalau anda jadi saya, sudah tentu anda juga rasa kecewa bukan?

Hiburan Wed, 29 Jan 2020
Featured Mon, 13 Apr 2020
Hiburan Thu, 5 Jul 2018
error: Content is protected !!