Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari December 23, 2022 @ 8:02pm

“Tindakannya Tidak Berasas Jika…” – Tak Boleh Tentukan Jumlah Saman, Syamsul Yusof Perlu Beri Bukti Difitnah JAWI

Kontroversi mengenai rumahtangga pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila Syamsul membuat kenyataan akan memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan jumlah yang besar.

Sehubungan itu, Hafez Zalkapli yang merupakan peguam sivil dari Tetuan Mohd Amin, Ng & Associates memberi pandangan bahawa Syamsul tidak boleh menentukan jumlah saman terhadap JAWI.

Memetik laporan BH Online, Hafez menjelaskan bahawa jumlah saman hanya boleh ditentukan oleh pihak mahkamah sendiri.

“Jumlah RM10 juta tidak boleh ditentukan Syamsul. Ini kerana mahkamah yang bakal menentukannya.

“Seterusnya, kena tengok apa maklumat peribadi yang dibocorkan. Jika maklumat dibocorkan membabitkan dokumen seperti saman dan pernyataan tuntutan dalam mahkamah, tindakan Syamsul tidak berasas kerana ia dianggap dokumen awam,” jelas Hafez kepada BH Online.

Malah, Syamsul diminta untuk membuktikan bahawa dirinya difitnah terlebih dahulu sebelum bertindak sedemikian.

“Sekiranya tiada, maka tiada kausa tindakan. Kedua, Syamsul perlu membuktikan fitnah disiarkan oleh pihak berkenaan.

“Syamsul mesti membuktikan kenyataan fitnah itu sama ada merendahkan reputasi dan statusnya di kalangan masyarakat menyebabkannya dijauhi dan dihindari sehingga diperlekehkan, dibenci serta diperolok-olokkan.

“Dan sama ada fitnah itu mencadangkan dia seorang yang tidak berkredibiliti dan tidak jujur dari segi motif dan tindakan serta tidak berintegriti,” katanya lagi.

Bukan itu sahaja, Hafez juga memaklumkan bahawa terdapat dua jenis maksud ayat fitnah iaitu maksud biasa atau tersurat dan dia berpandangan bahawa Syamsul perlu memberi bukti ayat sebenar yang digunakan oleh JAWI.

“Ia perlu dinyatakan dalam tuntutan samannya. Mahkamah akan menentukan maksud perkataan berdasarkan ujian objektif, tertakluk kepada konteks, keadaan persekitaran, penyiaran dan keseluruhan kenyataan yang dibuat,” tutur Hafez.

Artikel Berkaitan: Isu Saman JAWI RM10 Juta, Yusof Haslam Pelik Dengan Syamsul – “Saya Harap Tindakan Dia Tak Keruhkan Keadaan”

Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Nak Saman JAWI RM10 Juta, Puteri Sarah Desak Minta Jujur – “Kebenaran Akan Terbongkar!”

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 19 Jun 2019

‘’Boleh Guna Gajet Tapi Bukan Setiap Masa’- Amyra Rosli Tak Galak Anak Pegang Tablet 24 Jam

‘Saya faham gajet juga diperlukan untuk tujuan pendidikan. Tetapi perlu ada batasan terutama untuk kanak-kanak’

Featured Thu, 8 Sep 2022

[VIDEO] Shuib Kongsi Kenangan Arwah Siti Sarah Mengidam Ketika Mengandung Buat Warganet Sebak

Allahu Akbar, kenangan indah yang takkan dilupakan! Kalau isteri mengidam, suami berusahalah sebaiknya untuk tunaikan! ❤️

Featured Fri, 19 Jun 2026

Kebangkitan Filem Seram Terus Mendominasi, Khadam Kutip RM2.6 Juta Selepas 7 Hari Tayangan

Filem tempatan nampaknya terus rancak mencatatkan dominasi di pawagam sekali gus mencipta momentum positif.

Events Tue, 25 Feb 2025
Hiburan Fri, 20 Jun 2025

Betty Rahmad Kesal Wajah Didakwa ‘Berubah’ Selepas Ambil Foto Bersama Ruhainies 

Betty Rahmad tak ada masa sibuk urusan tepi kain orang lain

Hiburan Fri, 12 Sep 2025

Hamil Kali Kedua, Netizen Syak Syasya Rizal Dapat Anak Kembar Sepasang

Syasya Rizal curi tumpuan didakwa hamil anak kembar sepasang

Cahaya Mata Wed, 4 Jan 2023
Hiburan Sat, 3 Aug 2019

Khai Bahar ‘Pilih’ Pelakon Wanita?

Huwah, harap dipermudahkan bagi Khai

error: Content is protected !!