Tolak Tawaran Pendamaian Farid Kamil, Diana Danielle Nekad Berpisah – “Hanya Mahu Perkahwinan Berakhir…”

Konflik rumah tangga pasangan pelakon, Diana Danielle dan suaminya, Farid Kamil sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian.

Terkini, Diana dikhabarkan telah menolak tawaran pendamaian berjumlah RM319,700 dikemukakan oleh suaminya, Farid.

Memetik laporan Berita Harian, aktres jelita filem popular Imaginur hanya mahu menuntut nafkah, hak penjagaan anak dan minta dilepaskan dengan cara baik

Menurut Datuk Akberdin Abdul Kadir, peguam syarie mewakili Diana memaklumkan anak guamnya itu membenarkan Farid membawa anak-anak menyambut Hari Raya Aidilfitri di Sungai Petani, Kedah.

“Diana tidak mahu tuntut apa-apa pun kecuali hak jagaan anak-anak. Dia mahu dilepaskan dengan cara baik demi kebaikan anak-anak.

“Mereka akan kekal sebagai kawan dan Farid dibenarkan jumpa anak-anak. Malah, Farid boleh bawa anak-anak pulang sambut Hari Raya di Sungai Petani, Kedah.

“Diana sudah beri kebenaran untuk Farid ambil anak untuk cuti Hari Raya ini. Diana beritahu tiada masalah.

“Jadi, sehari sebelum Hari Raya, Farid boleh datang dan ambil anak-anak serta sambut Aidilfitri di Sungai Petani, Kedah, selama beberapa hari,” katanya.

Akberdin menambah, Diana tidak mahu sebarang hadiah dan bernekad mahu berpisah dengan suaminya dan memohon untuk dilepaskan dengan baik.

“Diana tidak akan beraya dengan anak-anaknya pada awal Syawal. Diana bersetuju untuk bercerai selepas itu dan dia tidak mahu kembali hidup semula.

“Diana tidak mahu semua itu, dia hanya mahu perkahwinannya berakhir. Dia tidak perlukan apa-apa kecuali nafkah anak-anak.

“Dia mahu bercerai cara baik. Diana juga tidak ada masalah jika Farid mahu berjumpa anak-anak.

“Dia mahu keluar dari perkahwinan itu. Saya sudah maklumkan perkara ini kepada peguam Farid, Fakhrul Azman, malam tadi,” katanya.

Terdahulu, Farid berusaha untuk mendapatkan hati Diana semula dengan mengemukakan tawaran pendamaian iaitu kenderaan MPV Toyota Vellfire bernilai RM225,000; barangan kemas bernilai RM10,700, wang pendahuluan nafkah dari Mac lalu sehingga Jun ini bernilai RM40,000 dan bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya dianggap hadiah, namun, didakwa bertukar menjadi hutang bernilai RM44,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Permohonan Maaf Buat Ibu Mentua & Isteri, Farid Kamil Tarik Balik Kenyataan Diana Danielle Curang

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil Dedah Diana Danielle Halau Ibu Kandung Sendiri Sejak 2019?

Sumber: BH

Aqilah Paharuzi