Tonjol Konsep Romantik Dan Throwback Video Nikah, HAFIZ SUIP Digelar Husband Material!

Romantik!

Itu perkataan yang dapat menggambarkan keseluruhan persembahan Hafiz Suip apabila berjaya menawan hati juri dan penonton menerusi persembahannya pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke 34 (AJL34) yang lalu.

Menampilkan konsep ala garden wedding yang menghiasi seluruh pentas, Hafiz Suip berjaya memukau hati penonton apabila mengakhiri lagu Kisah Cinta Kita bersama penampilan khas isterinya yang sedang hamil selepas sedutan video nikahnya ditayangkan. Memang sweet habis!

 

 

“Hafiz Sememangnya Husband Material”

Selepas aksi berpegangan tangan Hafiz bersama isterinya pada akhir persembahan, nampaknya ramai netizen yang memuji persembahannya sebagai persembahan yang sungguh romantik sehingga menggelar Hafiz sebagai husband material!

 

Sumber:Twitter

 

Bukan sahaja lirik lagu yang romantik, aksi mesra yang tidak dibuat-buat itu juga sekaligus berjaya menjadikan Hafiz untuk mengungguli kategori Vokal Dan Persembahan Terbaik AJL34.

“Kisah Cinta Kita” yang ditulis oleh Datuk A.Aida dan komposer Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali telah membawa pulang jumlah wang tunai RM24,000 berserta trofi, baucer Mc Donald’s RM10,000 dan baucer CJ Wow Shop berjumlah RM2,000.

Bagi Vokal Terbaik pula, Hafiz membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai RM12,000.

Buat korang yang tidak berkesempatan untuk menonton persembahan romantik dan vokal mantap Hafiz pada malam AJL34 lalu, apa kata korang layan video di bawah ini.

 

Sumber: Youtube TV3

Syafiqa Irdina