Industri muzik tanah air hari ini dikejutkan dengan berita kehilangan seorang permata seni apabila pemain bass kumpulan muzik terkenal, Tony Spider disahkan telah meninggal dunia pagi tadi.

Kehilangan allahyarham disahkan oleh salah seorang anggotan kumpulan Exist menerusi laman Facebook.

“Tony Spider dah tak ada. Sebentar tadi aku macam tak percaya bila dapat tahu dia dah meninggal dunia. Aku cuba call handphonenya, dijawab seseorang. Jenazah Tony kata lelaki itu sedang diurusakan untuk dibawa ke forensik Hospital Sungai Buloh.” tulisnya di laman Facebook.

Difahamkan, Allahyarham pada ketika itu sedang berada di studio rakaman Luncai Emas milik seniman Datuk M.Nasir di Sungai Buloh dan meninggal dunia sekitar jam 2.30 pagi.

Rata- rata rakan artis dan peminat turut merasai kehilangan beliau dan menghujani komen dengan ucapan takziah.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”