Tragis…Heroin Superman Ditemui Mati Bunuh Diri

Heroin dalam filem Superman, Margot Kidder disahkan meninggal dunia pada 13 Mei lalu akibat bunuh diri.

Mendiang yang membawakan watak Lois Lane ini dilaporkan meninggal dunia akibat pengambilan dadah dan alkohol berlebihan.

Perkara itu dimaklumkan oleh anak perempuannya, Maggie McGuane.

Memetik laporan antarabangsa, McGuane melahirkan rasa lega apabila mengetahui perkara sebenar itu ketika menziarahi rumah ibunya di Montana, Kanada.

Bagi McGuane, perkara itu tidak perlu diselindung daripada pengetahuan umum.

Terdahulu, Pengurus Kidder, Camilla Fluxman Pines berkata aktres itu meninggal dunia sewaktu tidur.

“Superman,” yang diarahkan oleh Richard Donner, adalah filem blockbuster adiwira yang mendapat sambutan lebih dua dekad sebelum filem komik menjadi box office, dan dinamakan sebagai inspirasi penting oleh pembuat filem Marvel dan D.C. hari ini.

Selain terkenal sebagai heroin dalam “Superman”, Kidder mempunyai banyak filem yang tidak dapat dilupakan, termasuk “You’ve got me?! Who’s got you?!”.

SGMS Faida