Categories: Eat Travel

3 Restoran Yang Wajib Anda Singgah Di Bangsar

Bagi anda yang berada di sekitar Lembah Klang, apa kata anda jalan-jalan cari makan dekat Bangsar. Dengar cerita banyak tempat makan best dekat sana. 

Kalau sebut Bangsar, pasti anda mengenalinya sebagai tempat ‘upmarket‘ semuanya dijual dengan harga yang mahal. Sebenarnya, tidak semuanya mahal, banyak pilihan restoran yang harganya sangat berpatutan. Yang penting, makanan yang dihidangkan memang sedap!

Hijab & Heels nak kongsikan kepada anda tentang 3 lokasi restoran di Bangsar yang popular dan wajib anda kunjungi. Jom kita semak!

1. Eatomo

Mula beroperasi pada tahun 2016, Eatomo popular dengan sajian daripada gabungan masakan Jepun dan California. Restoran ini ada menyediakan menu oyster yang sangat fresh! Bukan itu saja, terdapat pelbagai aneka pasta, udon, sashimi dan banyak lagi pilihan makanan untuk anda.

2. Shawarma King

Shawarna King juga lokasi makan yang wajib anda try! Kalau anda yang suka makan daging kambing, Shawarma King adalah pilihan yang tepat. Ini kerana, terdapat banyak pilihan berasaskan daging kambing atau ayam disediakan untuk anda. Restoran ini juga ada menyediakan variasi menu vegetarian.

3. RawSome

Bagi anda yang suka makan makanan healthy, RawSome merupakan restoran yang boleh anda kunjungi. Restoran ini menyediakan pelbagai menu sihat mengikut citarasa yang sangat luar biasa. RawSome juga tidak menyediakan hidangan berunsurkan daging. Paling popular di restoran ini adalah chia seed pudding jars yang sangat yummy!

Selamat mencuba!

Sumber: AsiaTatler 

tex_admin