#TriviaXTRA: Digelar Teh Tarik Queen & Ada Tabiat Pelik Waktu Berfikir? Ini 4 Perkara Ramai Tak Tahu Tentang Indah Ruhaila!

Indah Ruhaila atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein merupakan seorang penyanyi yang lahir daripada program nyanyian popular iaitu Akademi Fantasia (AF) musim ke-10.

Penyanyi berbakat ini dibesarkan dalam keluarga seni di mana dia merupakan cucu saudara kepada penyanyi veteran, Allahyarhamah Rosiah Chik dan juga anak saudara kepada vokalis kumpulan Ilusi iaitu Ayai.

Nama Indah mula menjadi siulan ramai apabila tampil dengan single popularnya iaitu berjudul Percayalah yang diterbitkan pada 2013.

Jadi, ini antara fakta menarik tentang Indah Ruhaila yang ramai tak tahu!

1. Teh Tarik Queen!

“Saya ialah Teh Tarik Queen! Saya setiap hari kena minum air teh tarik sekurang-kurangnya satu gelas”

Siapa punya fav drink sama dengan Indah 🙋‍♀️

2. Suka Ber-Muay Thai

“Saya sukakan sukan Muay Thai”

Nampak je Indah ni lemah lembut, jangan main-main eh!

3. Suka Gigit Kuku Ketika Berfikir?

Indah berkongsi tabiat pelik yang dia sering lakukan iaitu ketika dia sedang berfikir dia akan menggigit kuku.

“Saya ada satu habit iaitu kalau saya berfikir saya akan gigit kuku”

Alamak! Memang pelik eh habit Indah 😂

4. Suka Aktiviti Outdoor

Camping adalah hobi Indah dengan suaminya kerana suka melihat alam semulajadi

“Saya sangat suka ber-camping dengan suami saya. Sangat-sangat suka sebab kita memang suka nature. Lepas raya ini kami akan mulakan balik aktiviti ini. Kalau tak ada apa-apa kerja saya luangkan dengan camping”

Wah! Loveenyaaa camping rehatkan minda sambil tengok nature. Tenang je kan 😍

Atiqah Johari