#TriviaXTRA: Nama Manja ‘Gunsosop’ & Mudah Menangis Sebab… Ini 4 Perkara Menarik Tentang Marsha Milan!

Marsha Milan atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh merupakan seorang selebriti yang serba boleh dalam bidang nyanyian, lakonan dan juga pengacaraan.

Marsha mula berkecimpung dalam bidang seni dengan menyertai pertandingan nyanyian Akademi Fantasia Musim 3 dan merangkul tempat keempat.

Jadi, ini antara perkara menarik yang ramai tidak tahu mengenai Marsha Milan!

1. Nama Manja ‘Gunsosop’

Nama panggilan ‘Gunsosop’ disebabkan sewaktu kecil Marsha suka menghisap jari sehingga berumur 12 tahun.

‘Gunsosop’ merupakan bahasa Dusun yang bermaksud suka menghisap.

Bukan itu sahaja, Marsha juga mempunyai tabiat suka menggigit kuku.

2. Seorang Yang Emosional

Marsha mengakui bahawa dirinya seorang yang emosional kerana mudah menangis.

“Marsha seorang yang emosional sebab kadang-kadang tengok IG Reels pun menitis air mata. Kadang-kadang bukan benda sedih sangat tapi saya menangis”

Cry baby jugak eh Marsha ni.

3. Suka ‘Baking’ & Memasak

“Sejak kebelakangan ini, saya suka baking, memasak. Saya buat piza dan sebagainya”

Wah! Nanti boleh lah rasa piza Marsha 😍

4. Marsha Dilahirkan Di Michigan, Amerika Syarikat

Umum mengetahui Marsha merupakan anak jati Tamparuli, Sabah berketurunan Kadazan – Dusun namun Marsha telah dilahirkan di Michigan, Amerika Syarikat.

Haa.. mesti ramai tak tahu kan!

Atiqah Johari