#TriviaXTRA: Suka Main Gitar & Susah ‘Move On’? Ini 3 Perkara Ramai Tak Tahu Tentang Idan Aedan!

Idan Aedan atau nama sebenarnya Muhd Shahidan Abdullah, 19 merupakan seorang pelakon dan pengacara televisyen Malaysia yang memulakan karier seninya seawal umur 10 tahun.

Penampilan pertama sebagai pelakon tambahan dalam beberapa drama tempatan memukau ramai penonton kerana bijak bermain emosi dalam membawa watak.

Bukan itu sahaja, Idan juga mempunyai bakat dalam pengacaraan dan pernah mengacara program kanak-kanak seperti Chiki Boom, DIY Junior dan banyak lagi.

Selebriti serba boleh ini juga pernah muncul dalam menjayakan beberapa iklan televisyen untuk jenama besar seperti Milo, KFC, MYEG, Digi dan lain-lain.

Jadi, ini antara perkara yang ramai tidak tahu tentang Idan Aedan!

1. Susah ‘Move On’?

“Saya akan stick ke karakter yang saya mainkan dalam beberapa hari. Lepas shooting saya masih melekat dengan karakter tersebut”

Wah! Idan sangat menghayati watak eh sampai terbawa-bawa…

2. Bermula Dengan Game Show

Idan merupakan Juara dalam gameshow realiti TV Over The Top dan kerjaya seni mula berkembang daripada kemenangan ini.

Dari gameshow sampai jadi pelakon… memang berbakat! 👏🎬

3. Suka Main Gitar

Jika mempunyai masa lapang, Idan gemar untuk bermain gitar dan ia juga merupakan salah satu hobinya.

Selalunya, yang suka main gitar ni jadi kegilaan para gadis 😂

Lebih membanggakan, pada usia remaja ini, Idan telah berjaya memegang watak utama dalam filem seram yang berjudul Harum Malam dan juga Anak Rimau The Movie.

Atiqah Johari