#TriviaXTRA: Tak Pernah Diet & Rasa Handsome Bila Bangun Pagi Sebab… Ini 4 Perkara Menarik Tentang Syafiq Kyle!

Syafiq Kyle atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 31, merupakan seorang pelakon yang lahir daripada program realiti Hero Remaja 2011/2012 dan berjaya merangkul tempat kedua.

Nama pelakon kacak ini mula menjadi siulan ramai menerusi drama bersiri berjudul Tanah Kubur yang memegang watak sebagai Johan.

Syafiq juga pernah memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantai di Anugerah Skrin ke-22 pada tahun 2018.

Jadi, menerusi #TriviaXTRA minggu ini, Syafiq Kyle berkongsi perkara menarik yang ramai tidak tahu mengenainya!

1. Betul Ke Pemalu Orangnya?

Walaupun terlibat dalam bidang seni yang sering berhadapan ramai orang, Syafiq mengakui bahawa dia merupakan seorang yang pemalu dan itu personalitinya.

“Saya seorang pemalu sebenarnya. Itulah saya.”

Ohh… introvert guy rupanya Syafiq ni 😍

2. Foods Lover!

Sebagai figura awam, semestinya pemakanan dititik beratkan untuk sentiasa kelihatan menawan tapi lain pula dengan Syafiq. Dia mengakui bahawa dia seorang yang suka makan dan tak pernah diet!

“Saya suka makan. Orang nampak saya macam diet kan tapi itu semua tipu je 😂 saya tak jaga makan pun sebenarnya”

Alahai untungnya… suka makan tapi badan maintan je 😭

3. Bukan ‘Morning Person’ Tapi…

Tak semua orang gemar untuk bangun pagi, lagi-lagi kalau hari cuti kan. Haa… sama juga dengan Syafiq! 😂

“Saya bukan morning person tapi orang kena tahu yang saya nak jadi morning person. Saya tahu bangun pagi itu rezeki murah, suasana best dan kita punya mood pun akan jadi best,”

Pagi-pagi dapat tengok sunrise pun best! Feeling-feeling giteww 😍

4. Wajib ‘Bersiap’ Sebelum Tidur?

Setiap orang mesti dah set rutin masing-masing untuk buat setiap hari kan? Sama juga dengan Syafiq, tapi rutin dia ni pelik tak korang rasa?

Syafiq suka bersiap macam nak keluar rumah tapi sebenarnya nak tidur je 😅

“Saya kalau nak tidur pun saya akan pakai semuanya. Pakai deodoran, pakai minyak wangi, pakai macam nak keluar tu. Pakai skincare.

“Sebab saya buat macam tu the next morning saya bangun saya rasa so handsome and feel so good tau. So saya keep buat rutin tu. Saya akan teruskan sampai bila-bila,”

Fuh! Syafiq punya effort memang A+… Patutlah handsome 🫶

Atiqah Johari