Categories: HiburanSelebriti

Tujuh Tahun Berkahwin, Kris Dayanti Mengaku Masih…

Sejak bernikah pada tahun 2011, penyanyi Kris Dayanti mengaku hubungan dia dan suami Raul Lemos masih hangat seperti di awal perkenalan mereka dahulu.

Akui penyanyi berusia 43 tahun ini, sifat romantis antara mereka masih utuh dan tidak pernah berkurang.

“ Kalau ditanya soal romantik, tidak pernah berkurang ya. Kerana saya percaya cinta harus disiram, dibaja dan dipupuk. Seharusnya cinta perlu dinyalakan suasananya setiap hari.

“ Lilin pada bumbu cinta harus tetap bernyala walau apapun,” kata penyanyi terkenal ini kepada Kompas.com.

Pelantun Cobalah untuk Setia mengaku sangat beruntung memiliki suami yang romantis.

“ Alhamdulillah…suamiku memang orangnya romantis jadi saya juga terbawa menjadi romantis. Kami ada gaya tersendiri dalam mempamerkan sisi romantis antara satu sama lain,” katanya.

Pasangan yang dikurniakan dua orang anak iaitu Kellen Alexander dan Ariannha Amora Lemos juga memberitahu dia tidak gemar membuka cerita tentang cabaran dalam rumah tangga.

“ Kami ada cara tersendiri mengatasinya. Yang pasti apa jua kesalahan kita ada saringan, punya ‘alarm’. Macam malu kalau ada buat salah.

“ Seiring pertambahan usia, kesempatan juga semakim berkurang dalam masa sama kebaikan beribadah juga harus digunakan sebaiknya,” katanya jujur.

Kris Dayanti atau nama sebenarnya berharap agar dia dan Raul akan tetap saling sayang menyayangi.

“ Saya memohon agar perkahwinan kami lancar dan dipermudahkan. Dan pastinya makin sayang dan cinta sama kepada anak-anak memandangkan kami tinggal di dua negara berbeza,” akhirinya.

Kris Dayanti memiliki dua orang anak, Aurel dan Azriel hasil perkahwinannya dengan komposer dan penyanyi terkenal Anang Hermansyah.- Kompas.com

SGMS Faida