Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir August 12, 2022 @ 4:15pm

“Tulang Belakang Sudah Menghimpit Jantung” – Jalani Pembedahan November Ini, Zamani Akui Takut

Penyanyi Zamani, 51, bakal menjalani pembedahan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis pada awal November depan.

Memetik laporan BH Online, vokalis kumpulan Slam yang menghidap penyakit itu sejak 2015 bersyukur kerana pihak hospital memberi jaminan tulang belakangnya ada peluang untuk kembali pulih selepas pembedahan.

“Tulang belakang sudah mencucuk tulang rusuk dan menghimpit jantung. Jadi, saya perlu melakukan pembedahan segera.

“Dahulu, saya agak takut apabila dimaklumkan tiada peluang untuk sembuh. Namun, apa yang diterima tidak tepat.

“Selepas melakukan ujian imbasan, doktor mengesahkan mempunyai harapan tinggi untuk sembuh. Namun, tidaklah boleh kembali kepada normal,” katanya.

Menurut Zamani, dia mempunyai dua pilihan pusat perubatan untuk melakukan pembedahan.

“Doktor memberitahu saya sudah boleh menjalani pembedahan pada Oktober ini. Cuma, saya terikat dengan beberapa komitmen kerja perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Jadi, insya-Allah mungkin awal November. Dari segi kos pembedahan dianggarkan melebihi RM100,000,” katanya.

Buat masa ini, Zamani perlu makan ubat tahan sakit sementara menunggu hari pembedahan.

Namun, penyanyi Gerimis Mengundang ini mengakui perasaan takut menjalani pembedahan menghantui diri lebih-lebih lagi pembedahan tersebut dijangka mengambil masa lapan hingga sepuluh jam.

“Saya bukan sahaja gusar dan berdebar. Jika diberi pilihan, saya tidak mahu menjalani pembedahan dan cuba cari jalan lain, tetapi ini adalah pilihan terakhir.

“Saya difahamkan pembedahan akan mengambil masa antara lapan hingga 10 jam. Nak sembuh pula bergantung pada badan saya.

“Kalau semuanya baik, mungkin selepas dua minggu akan semakin pulih. Jika tidak, ia mengambil masa sebulan.

“Selain itu, saya juga perlu menjalani fisioterapi. Saya berharap pembedahan berjalan lancar dan mendapat kesembuhan walaupun saya tahu tidak mungkin sembuh 100 peratus,” katanya.

Tambahnya, Konsert Doa Buat Zamani di Zepp KL akan berlangsung sebelum dirinya menjalani pembedahan.

“Konsert ini bertujuan menemukan saya dengan peminat. Kita doakan baik-baik kerana saya juga tidak tahu apa yang akan berlaku.

“Jadi, ia diadakan agar peminat dapat mendoakan saya. Saya juga menjual tiket bagi mencari dana sampingan, tetapi apa yang penting niat mengadakan konsert untuk mendoakan saya.

“Tarikh belum ditetapkan, tetapi insya-Allah awal November. Saya cuba dapatkan Slam.

“Jika mereka sudi, saya memang mengalu-alukan, namun, kalau tak boleh, saya akan jemput sebagai tetamu istimewa,” katanya.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Aug 2024

[VIDEO] Ezlynn Beri Keizinan Suami Nak Cari Isteri Ketiga – “Dia Nak Orang Indonesia Pula”

‘Lumrah seorang isteri akan rasa diri kita ni tak cukup baik dan ‘sempurna’ – Ezlynn

Hiburan Sun, 1 Jul 2018

Berbaloi! Padi Reborn Live In KL Tak Mengecewakan

Meriah, bertenaga & memang berbaloi! Rugi tau siapa yang tak datang menonton Padi Reborn Live In KL ni! Buat kumpulan Padi Reborn, jangan menyepi lagi. Terus hasilkan karya-karya hebat. Ramai Sobat Padi di sini yang akan menyokong.

Featured Sat, 11 Oct 2025

Trend ‘Sugar On My Tongue’ Fattah Amin & Amira Othman Dikritik, Netizen Anggap Tak Sesuai

Pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Amira Othman menjadi perhatian netizen.

Hiburan Wed, 15 Jan 2025

CSOIAM: Tersingkir Di Minggu Keempat, Alya Mardien Terima Keputusan Dengan Hati Terbuka

Tersingkir di minggu keempat CSOIAM, Alya Mardien percaya dengan perancangan Tuhan.

Featured Tue, 28 Apr 2020
Trending Tue, 3 Jul 2018

Gunung Agung Kembali ‘Marah’

Kejadian turut memaksa lapangan terbang antarabangsa di kepulauan itu ditutup sementara Jumaat lalu sekaligus mengganggu penerbangan dan menyebabkan ribuan pelancong terkandas.

Hiburan Thu, 23 Nov 2023

“Izin & Restu Suami Itu Perlu” – Fattah Amin Tak Kongkong Isteri

Fattah Amin tak kongkong isteri, Nur Fazura.

error: Content is protected !!