Tunku Hanis Bengang Dituduh Popular Kerana Guna ‘Kabel’?

Pelakon Tunku Hanis menegaskan kemunculannya di dalam industri lakonan bukan disebabkan menggunakan bantuan orang sekelilingnya.

Katanya yang memegang watak Leftenan Raz dalam drama Leftenan Zana, dia membina nama sebagai pelakon atas usaha sendiri tanpa bantuan ‘kabel’.

“ Saya gerak sendiri, saya tak guna kabel wayar ke apa, saya tak tumpang siapa-siapa, saya tak sembah kaki siapa-siapa dan saya tak mengendeng siapa-siapa.

“ Lakonan minat saya, lihatlah saya dari bakat saya kalaulah ada kalau tak ada abaikan aja,” tegasnya.

Pelakon cantik berusia 29 tahun ini juga memberitahu sejak dari bangku sekolah lagi dia gigih menyertai segala bentuk pertandingan berkaitan lakonan.

“ Bekas rakan sekolah semua tahulah macam mana saya gigih masuk pertandingan lakonan di sekolah dulu dari sekolah rendah sampailah menengah dan ada bidang lain menjadi cita-cita/wawasan saya,” katanya yang pernah membintangi drama Vila Ghazara.

Tunku Hanis atau nama sebenarnya Tunku Norhanis Tunku Salma antara pelakon senior kerana sudah menceburi bidang lakonan hampir 12 tahun. Buat netizen yang mendakwa pelakon cantik ini, lihat sahaja drama lakonan beliau. Lakonan Tunku Hanis semua menjadi tau! 

SGMS Faida