‘Buat Yang Terbaik Ok Atikah…’- Awi Rafael Titip Pesan Buat Bekas Tunang

Biarpun sudah rasmi putus, komposer dan penyanyi Awi Rafael tetap mendoakan bekas tunangnya, pelakon Atikah Suhaime agar meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Menerusi laman Instagramnya, Awi menitipkan pesanan ringkas namun mendalam kepada Atikah.

“ Buat yang terbaik ok Atikah. Kita telah mencuba yang terbaik sebelum ini. Allah SWT lebih mengetahui…Amin,” katanya disusuli tanda pagar positif.

Dalam masa sama, penyanyi kelahiran Singapura ini mengucapkan terima kasih kepada pada pengikutnya yang tidak henti memberikan kata semangat.

“ Kami akan tetap positif dan cuba teruskan kehidupan dengan pengajaran yang kami berdua miliki sepanjang tahun lalu.

“ Tanggungjawab sekarang harus ke keluarga masing-masing. Insha Allah semua akan faham,” akhiri Awi yang redha.

Kelmarin, Awi membuat kejutan di Instagram apabila mengumumkan pembatalan perkahwinannya dengan Atikah yang sepatutnya diadakan esok (17/3). 

Sebilangan besar pengikut di Instagram dua selebriti ini sedih dengan berita itu namun mendoakan agar keduanya reda dengan ketentuan takdir.

SGMS Faida