Categories: HiburanSelebriti

Ucapan Terima Kasih Intan Liana Buat Netizen

Kemelut rumahtangga antara pemuzik bebas, Ude Wahid, Izreen Azminda dan Intan Liana ini akhirnya semakin reda dan ramai yang turut bersimpati atas nasib yang menimpa Intan. Beliau yang tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada kakak beliau turut mendapat perhatian Dato Aliff Syukri. Justeru itu, beliau sendiri tidak menyangka akan mendapat perhatian sebegini terutamanya netizen yang sentiasa memberi kata-kata semangat terhadap dirinya.

Menerusi muat naik dilaman instagram beliau, Intan Liana telah meluahkan rasa bersyukur dan terima kasih beliau kepada masyarakat dan rakan artis yang memberikan sokongan sepenuhnya kepada beliau.

Dan, ini merupakan kata-kata semangat dari followers beliau yang tidak jemu-jemu meninggalkan komen dilaman instagram Intan.

Buat Intan Liana, Syabas kerana menjadi wanita yang sangat cekal dan tabah!

Salma Syahbuddin