Ujian Buat Abang, Azwan Ali Harap Azmin Terus Kuat

“ Ia mungkin ujian terbesar buat beliau dengan kedudukannya sebagai menteri dan ahli politik. Mungkin ada pihak cuba jatuhkan dia,” demikian kata adik kepada Menteri Kabinet YB Azmin Ali, Azwan Ali berhubung isu yang melanda abangnya.

Memetik laporan Mstar, Azwan berharap agar abangnya tabah dan dapat membersihkan namanya berhubung penyebaran video seks membabitkan Azmin.

“ Beliau kena kuat. Saya harap beliau tabah dan menghadapi dakwaan ini dan dapat membersihkan nama sekiranya ia benar fitnah.

“ Saya lebih kenal abang saya dan saya beri nasihat kepada beliau supaya kuat hadapi ujian terbesar ini,” katanya yang tidak terkejut selepas melihat video-video itu.

Video panas itu mula tular di laman sosial apabila rakaman video ‘intim’ dua lelaki dengan salah seorangnya dilihat mirip dengan wajah menteri kabinet.

Difahamkan, kejadian dilaporkan berlaku di luar negara berdasarkan kepada suara dalam televisyen di dalam video berkenaan.

 

SGMS Faida