Betul Ke Umie Aida Dan Erra Fazira Bermasam Muka?

Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-30 (FFM30) baru-baru ini dilihat memuat naik status di instagram miliknya yang kononnya ditujukan buat sahabat baik beliau, Erra Fazira. Bagaimanapun, posting berkenaan nampaknya telah dipadam menerusi akaun media sosial pelakon ini.

Dalam status berkenaan, Datin Seri Umie Aida memaklumkan dirinya itu terasa seperti dikhianati oleh individu terbabit. 

Sumber : Instagram @Umieaida9

Umie turut menempelak individu tersebut dengan menyatakan erti sebuah persahabatan itu lebih murah berbanding duit. 

Manakala, umie juga meminta maaf kepada seorang lagi rakan baik beliau yang juga pelakon, Zahidah Rafik kerana tidak mendengar nasihat pelakon itu sebelum ini dengan menulis;

” #fakefriends #becareful. Maafkan me baby tak dengar nasihat baby dari awal.”

Dalam masa yang sama, peminat mula berteka teki tentang status hubungan Umie Aida dan Erra Fazira kerana kedua-duanya dilihat tidak mengikuti akaun instagram masing-masing.

Sejauh manakah kebenaran status ini, sama ada ia betul ditujukan buat Erra Fazira atau sebaliknya, kita tunggu sahaja penjelasan daripada kedua belah pihak okay! 

Salma Syahbuddin