Categories: Eat TravelFeatured

Tahukah anda cara memasak mi segera yang betul, boleh mengurangkan risiko pada kesihatan?

Perut berkeroncong tetapi tiada makanan di rumah, apalagi mi segera lah menjadi penyelamat di kala sedang kelaparan!

Selain mudah diperoleh, harganya juga murah malah dengan sebungkus mi segera sudah cukup membuatkan perut berasa kenyang. Sebab itulah, mi segera sentiasa menjadi pilihan terutamanya dalam kalangan  pelajar kerana ianya jimat.

Bukan itu saja, rasanya juga enak serta mudah disediakan, namun begitu kesan makanan segera terhadap tubuh badan rasanya tidak perlu diperjelaskan lagi.

Persoalannya, pernahkah anda sedar bahawa selama ini penyediaan mi segera mungkin menggunakan cara yang salah?

Tahukah anda, jika anda mempraktikkan cara memasak mi segera yang betul boleh mengelakkan kemudaratan pada kesihatan anda?
Bagaimanakah caranya itu?

Informasi yang dikeluarkan oleh pihak Institut Jantung Negara (IJN), mengesyorkan agar orang ramai supaya mengawal pengambilan mi segera kerana ianya boleh menyebabkan penyakit jantung termasuk kanser terutamanya disebabkan oleh serbuk perisanya.

Sejumlah besar pesakit yang berumur antara 18 hingga 24 tahun berakhir dengan pankreatitis sama ada bengkak atau jangkitan pankreas akibat daripada pengambilan mi segera secara kerap.

Bagi mengurangkan risiko pada kesihatan, anda dinasihatkan untuk mengurangkan separuh dari penggunaan serbuk perisa mi segera dan elakkan menghirup kuah sup tadi sehingga licin!

Foto: Wanna Bite

Bukan itu saja, anda juga perlu mengubah cara memasak mi segera yang lazimnya mi diletakkan ke dalam periuk dengan air, kemudian menabur serbuk perisa dan biarkan bahan bekenaan mendidih bersama selama tiga minit. Kemudian ia sudah sedia untuk dimakan.

Jika anda melakukan proses memasak mi segera dengan cara merebus kesemua bahan yang ada sekali gus, terutamanya MSG (Mono Sodium Glutamate), yang mana ia akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan MSG itu berubah menjadi toksik.

Seperkara lagi yang mungkin tidak diketahui ramai, untuk menjadikan mi segera kenyal ia disalut dengan lilin makanan. Oleh kerana itu ia mengambil masa empat hingga lima hari untuk dinyah keluarkan oleh badan.

Ini adalah kaedah yang betul untuk memasak mi segera menurut pakar pemakanan:

1. Rebus mi di dalam periuk berisikan air.

2. Sesudah mi masak, toskan dan buang air rebusan (yang mengandungi lilin).

3. Kemudian rebus air dalam periuk baru hingga mendidih, seterusnya masukkan mi tadi ke dalam periuk berisikan air panas itu dan matikan api.

4. Hanya pada tahap ini ketika api sudah dimatikan, dan ketika air masih sangat panas, masukkan serbuk perasa ke dalam periuk, untuk membuat sup mi.

5. Sekiranya, anda inginkan mi kering, keluarkan mi dan masukkan serbuk perisa dan toskannya untuk mendapatkan mi kering.

Yanie Baharom