“Ummi Bilal Ni Jerit Tak Berlagu” – Neelofa Beri Nasihat Jangan Cium Anak Orang Lain

Pengacara dan usahawan, Neelofa menekankan agar orang ramai untuk tidak sesuka hati mencium bayi orang lain.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia berkongsi video individu yang menerangkan tentang penyakit Respiratory Syncytial Virus (RSV) yang dijangkiti bayinya sehingga ditahan di wad kecemasan.

Menurut Neelofa, tindakan cium bayi orang lain perlu dihalang demi menjaga kesihatan bayi tersebut.

“Jangan cium orang lain punya bayi.. cium anak sendiri boleh. Ok? Jangan terasa, demi kesihatan bayi kecil,” katanya.

Tambahnya, dia mengakui bimbang apabila orang luar memegang dan mencium putera sulungnya, Muhammad Bilal.

“Kadang bila tengok orang luar pegang pipi anak sendiri pun mak dia ni rasa dah tak boleh nafas, apa lagi kalau cium.. Ummi Bilal ni jerit tak berlagu kot,” ujarnya.

Sekadar info, penyakit RSV adalah virus yang menjangkiti paru-paru dan menganggu ruang pernafasan serta boleh memudaratkan kesihatan lagi jika dijangkiti oleh bayi dan orang tua.

Maya Basir