Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 19, 2024 @ 2:00pm

Undang Sebak, Netizen Beri Respons Video ‘Pertemuan’ Elfira Loy & Ibu Di Makkah – “Macam Ni Kot Susah Nak Cari Ahli Keluarga Kat Mahsyar Nanti”

Pelakon Elfira Loy bersyukur apabila dipertemukan dengan ibunya setelah beberapa hari mencari peluang untuk berjumpa dengan insan tersayang di bumi Makkah.

Menerusi perkongsian di Instagram, Elfira Loy atau lebih mesra dengan panggilan El memaklumkan, dia dan ibunya sama-sama menerima panggilan untuk menunaikan Haji pada tahun ini, namun secara berasingan memandangkan dia menerima jemputan daripada pihak Kementerian Arab Saudi sementara ibunya bersama pihak Tabung Haji.

Menerusi video pendek yang dikongsikan, El yang kelihatan sebak memeluk erat ibunya sambil memberikan sekuntum bunga Ros berwarna putih.

“Alhamdulillah, after so many days trying to see my mom. Syukur dapat juga jumpa. Thank you pada yang membantu. Finally, Haji together,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elfiraloy

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa sebak sekaligus menyifatkan pertemuan Elfira dan ibunya, Filzah Yusoff sebagai pertemuan yang memberikan kesedaran bahawa tiada yang mustahil sekiranya Allah SWT berkehendak.

Bahkan ramai yang menganggap video pertemuan El dan ibunya sebagai gambaran awal bagaimana manusia kelak mencari ahli keluarga di padang Mahsyar nanti.

“Macam ni gambaran bila kita mencari ahli kluarga di “sana” nanti?

“Masha-Allah. Macam mana nak mencri ahli keluarga di Masyar kelak. Hampir mustahil agaknya.

“This is everyone’s dream.

“Ya Allah, bestnya! That feeling bila bersama dengan syurga kiat di bumi Allah menunaikan haji,” komen netizen.

Terdahulu, El berkongsi bahawa dia menerima dua panggilan haji untuk tahun ini, namun terpaksa menolak panggilan yang pertama disebabkan memikirkan anak-anak sehinggalah dia kemudiannya, dijemput untuk menunaikan haji atas jemputan Kementerian Media Arab Saudi.

“Syukur sangat impian mama dan El untuk mengerjakan Haji bersama beberapa tahun lama yang lepas akhirnya terkabul.

“Pada tahun ini sebenarnya Alhamdulillah kami berdua mendapat peluang untuk mengerjakan Haji dari Tabung Haji, tapi disebabkan El memikirkan pasal anak, jadi saya menolak dan dahulukan Mama untuk mengerjakan Haji.

“Tetapi, di hari doa selamat Mama . El mendapat berita gembira bahawa ada jemputan dari Kementerian Media Saudi Arabia. MashaAllah Tabarakallah, Allah benar-benar menjemput El sehingga dua kali jemputanNya. Jadi El tawakal pada Allah.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sehingga hari melontar. 12 Zulhijjah 1445H . Haji Pertama Buat Mama dan El,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elfiraloy

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 Aug 2025
Cahaya Mata Fri, 27 Jan 2023

Syura Badron Dedah Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki

Semoga dipermudahkan segala urusan

Hiburan Mon, 13 May 2019

Boleh Tengok Macam-Macam Ragam, Abam Seronok Berniaga Di Bazar Ramadan

Sebenarnya sebelum menjadi anak seni saya memang pernah berniaga. Saya tiada masalah menggoreng mi di bazar kerana memang puas hati.

Hiburan Sun, 18 Nov 2018

梁洁吻戏多不怕未婚夫吃醋!王浩歌私下是暖男

配合dimsum二周年庆,古装穿越爱情网络剧《双世宠妃2》演员陈宥维、梁洁、孙艺宁和王浩歌来马宣传;剧中吻戏多的梁洁透露,不怕未婚夫吃醋,还笑说“他也是有啊!”

Featured Thu, 30 Apr 2026

Fazura Dedah Fatima Mahu Ikut Jejak ‘Pak Long’, Lanjut Pengajian Di Luar Negara

Kata Fazura, Fatima meluahkan impiannya itu selepas melihat kejayaan abang sulungnya, Dr. Yusrizam yang telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana dalam jurusan Undang-Undang di University of London, United Kingdom.

Featured Wed, 11 Sep 2024
Hiburan Tue, 31 Jul 2018

超过20组本地歌手零唱酬参与!爱国演唱会830引爆

《我爱马来西亚,同乐同庆演唱会2018》国庆倒数爱国演唱会将于8月30日在吉隆坡独立广场引爆!演唱会免费入场,且邀来了本地超过20组的三大民族歌手,众歌手皆零唱酬支持这场活动。

Featured Wed, 10 Aug 2022
Featured Wed, 10 Mar 2021
error: Content is protected !!