Uqasha, Rashidi Ada Apa-Apa ke?

Siapa tak kenal pelakon yang semakin meningkat naik, Uqasha Senrose (27) atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen? Mungkin sebelum ini dia kerap kali muncul di dalam berita atau ruangan gosip di laman sosial untuk cerita-cerita hangat tapi tak dapat dinafikan bahawa Uqasha sememangnya seorang pelakon yang sangat berbakat.  

Baca:https://www.xtra.com.my/ms/category/entertainment/posts/siapa-pelakon-wanita-popular-bakal-direman

 

Gandingannya yang bersahaja sebagai Nawal, di dalam drama Setelah Terlafaznya Akad dengan pelakon Kamal Adli yang memainkan watak Hanan, membuatkan peminat tidak senang duduk dan turut mendoakan mereka akan menjadi pasangan bercinta di luar drama. 

 

‘Nawal’ dan ‘Hanan’

 

Namun, apa yang menarik hati perhatian ialah komen pelakon Rashidi Ishak, bekas suami kepada Vanidah Imran terhadap foto yang dimuat naik oleh Uqasha beberapa hari lepas dengan kapsyen “Saya tidak mampu melihat kamu tanpa tersenyum.” Rashidi yang hanya menulis ‘Stop ittttt” membuahkan tanda tanya kepada peminat jika hatinya telah terpaut kepada kecantikan Uqasha. Ada apa-apa ke ni?

 

 

Rashidi Ishak, 46 tahun yang tampak lebih muda sejak akhir-akhir ini. – Foto IG @rashidi_ishak

Kalau betul pun tak salah bukan? Rashidi pun bukan lagi suami orang dan sememangnya dia salah seorang pelakon lelaki yang berbakat dan kacak (rupanya persis pelakon Hollywood, Patrick Swayze!) Walaupun sudah berusia, Rashidi masih menjaga ketrampilannya dan sentiasa kelihatan segak. Sesuai juga dengan Uqasha yang sentiasa cantik dan menjadi pujaan ramai ini.

Del14