Categories: Hiburan

Bekas Vokalis Dicekup Lagi?

Ini bukan kali pertama beliau ditahan polis dan didakwa atas kesalahan memiliki dadah. Kali ini bekas vokalis kumpulan yang popular di zaman 90-an itu ditahan lagi.  Pada lebih kurang jam 11.30 malam, polis telah menahan penyanyi yang berumur 41 tahun itu dan seorang lagi rakannya kerana menunggang sebuah motosikal Yamaha LC 135 di luar kawasan rumah kedai di Taman Perling, Johor Bahru dalam keadaan yang mencurigakan. 

 

Berikutan penahanan itu, pihak polis telah menjumpai satu paket dadah yang dipercayai jenis syabu di dalam dompet penyanyi tersebut.  Kes ini disiasat mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas mereka gagal ujian saringan awal air kencing setelah didapati kedua-duanya positif dadah.  

 

Penyanyi ini dijadualkan untuk menjayakan konsert reunion bersama ahli kumpulannya di Stadium Malawati, Shah Alam dan di Singapura bulan hadapan. Beliau juga pernah menyertai sebuah program hiburan realiti sebelum ini.
Penahanan bekas vokalis itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad tetapi beliau enggan mengulas lanjut kerana kes ini masih dalam siasatan.
Del14