Featured By: Khairil Khusyairi October 27, 2022 @ 7:36pm

Uri Masih Di Bawah Rahim, Aliff Syukri Bimbang Keadaan Isteri – “Apa Patut Saya Buat Untuk Baby & Isteri Selamat?”

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sebelum ini berhadapan detik cemas apabila isterinya yang hamil mengalami pendarahan dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Terbaharu, Aliff Syukri memuat naik satu hantaran di laman Instagram dengan meluahkan rasa bimbang dengan keadaan Datin Seri Shahida yang masih belum pulih kerana masalah Plasenta Previa atau kedudukan uri di bawah rahim.

Menerusi hantaran tersebut, Aliff memuat naik tangkap layar perbualan mesej dengan isterinya yang mengatakan darah masih berada dalam rahim biarpun dinasihatkan untuk berehat.

“Jujurnya saya tidak ada pengalaman placenta atau rahim ke bawah untuk anak-anak saya sebelum ini.

“Pendarahan dah berkali-kali berlaku dan doktor nasihat jangan berjalan langsung. Padahal wife saya jalan pun guna kerusi roda kemana sahaja,” kongsinya.

Dalam pada itu, Aliff juga memohon bantuan daripada warganet untuk berkongsi pengalaman jika berhadapan dengan keadaan tersebut untuk pastikan isteri dan bayi selamat.

“Siapa ada pengalaman macam ni..Dan apa patut saya buat untuk baby dan wife saya selamat?,” tulis Aliff di ruangan kapsyen.


Terdahulu, Shahida mendedahkan dirinya sedang hamil anak keenam.

Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007. Pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah selain turut menjaga seorang anak angkat bernama Ameena.

Tinjauan XTRA di ruangan komen perkongsian tersebut mendapati rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman dan tips sekiranya mengalami masalah tersebut kepada pasangan usahawan ini malah turut mendoakan agar Shahida dan bayi dalam kandungan dalam keadaan baik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

DATO’ALIFF SYUKRI MAKIN KAYA!

Mana tak nya, selepas kejayaan mengeluarkan produk-produk kosmetik D’Herbs, kali ini Dato Aliff Syukri terlajak laris muncul dengan koleksi tudungnya sendiri.

Trending Wed, 6 Jul 2022

Mira Filzah Sedih Berjauhan Dengan Anak, Bakal Bekerjasama Dengan Neelofa

Mira Filzah sukar berjauhan dengan anak, kongsi bakal bekerjasama dengan Neelofa.

Hiburan Wed, 13 Feb 2019

Mimi Gementar Jadi Artis Naungan Pertama Siti Nordiana

Pelajar jurusan Multimedia di Universiti Kuala Lumpur merupakan antara tiga peserta uji bakat yang dipilih oleh Siti Nordiana.

Hiburan Mon, 22 Apr 2019

‘ Saya Akan Bincang Dengan Pihak Bekas Isteri’- PU Abu Minta Maaf

Saya akan berbincang dengan pihak bekas isteri saya untuk hal yang selanjutnya. Doakan semuanya dipermudahkan dan dapat diselesaikan dengan cara baik.