Usia Baru 20 Tahun, Kekayaan Kylie Jenner Kini Cecah RM3.2 bilion

Biarpun tak pernah lekang dengan kontroversi, ia tidak menghalang bintang realiti terkenal, Kylie Jenner untuk terus mara dalam bidang perniagaan.

Menurut majalah Forbes, Kylie kini dilaporkan memiliki kekayaan hampir AS$800 juta (RM3.2 bilion) di mana dia menguasai sepenuhnya Kylie Cosmetics. Untungnya!

Jutawan muda yang baru berusia 20 tahun ini yang juga juga adik tiri bintang realiti, Kim, Khloe dan Kourtney Kardashian menubuhkan Kylie Cosmetics pada 2016, yang menawarkan kit gincu bibir bernilai AS$29 (RM117).

Sejak dilancarkan, ia berjaya mencatatkan jualan lebih AS$630 juta (RM2.54 bilion).

“Selepas digabungkan segala pendapatan yang diperoleh dari program televisyen, tajaan, pengiklanan dan dividen selepas cukai syarikat miliknya, Kylie dipercayai bernilai AS$900 (RM3.63 bilion).

“Beliau dijangka menjadi jutawan bertaraf bilionair hasil usaha sendiri termuda bagi kategori wanita atau lelaki dalam tempoh setahun,” lapor Forbes.

Tulis majalah Forbes, Kylie mendedahkan media sosial banyak membantu kejayaannya.

“Media sosial adalah satu platform yang amat menakjubkan. Ia memberi saya akses yang mudah kepada peminat dan pelanggan,” katanya.

Pada masa ini, anggota keluarga selebriti termuda ini memiliki 110 juta pengikut di laman Instagram. Ternyata, memang hebat pengaruh remaja jelita ini.

SGMS Faida