Pelakon yang tidak asing lagi dalam industri, Azhan Rani mengakui pernah menerima ugutan bunuh daripada peminatnya.
Namun, bagi Azhan beliau sama sekali tidak menganggap itu adalah ugutan bunuh kerana ia sama sekali menunjukkan maklsud yang jelas bahawa lakonannya dalam drama rantaian itu begitu berkesan.
“Saya tidak merasakan itu adalah ugutan bunuh dan berbahaya kerana ia ditujukan untuk karakter tersebut. Apabila Ustaz Hamadi dibenci hingga pada satu tahap, saya bersyukur bahawa lakonan saya berkesan dan diterima penonton.” Katanya.
Tambahnya lagi, ramai pelakon yang takut untuk membawakan watak Ustaz Hamadi dalam drama arahan Shahrulezad Mohameddin. Mungkin disebabkan, mereka takut untuk dikecam diawal drama ini ditayangkan.

Sumber : Instagram @Azhan_rani
” Saya memang pilihan pertama pengarah, tetapi kalau diberikan kepada orang lain ramai yang akan fikir dua tiga kali atau langsung menolak tawaran tersebut selepas membaca skrip yang diberi.”
” Walaupun watak dalam drama tersebut sedikit cliche, tetapi apa yang membezakan ialah ia daripada golongan yang sukar disentuh iaitu maksum” Jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kempen Ramadan Raya Setulus Ikhlas di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.