Categories: Hiburan

Ustaz Wadi Anuar Dipindahkan Ke Hospital Permaisuri Bainun

Salah seorang mangsa kemalangan membabitkan 4 guru agama, Mohamad Wadi Anuar Ayub, 35, yang merupakan seorang pendakwah terkenal yang dikenali sebagai Ustaz Wadi Anuar telah dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HPRB), Ipoh untuk menerima rawatan lanjut.

Ia berikutan keadaannya yang dilaporkan masih kritikal selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya di KM200.9 Lebuhraya Utara Selatan (arah utara), kelmarin.

Tiga guru agama lain yang turut menaiki kenderaan yang sama adalah Mohd Murtadzo Mohd Yusoff, 31, yang masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping manakala dua lagi mengalami cedera ringan iaitu Muhd Hambali Zulkifli, 28, serta ayah kepada Mohd Murtadzo, Mohd Yusoff Ahmad, 62.

Menurut adik kepada Mohd Murtadzo, Mohamad Yaakub Yusra, 27, Uztaz Wadi Anuar dipindahkan ke HPRB kerana perlu mendapatkan rawatan lanjut berikutan ada kemungkinan berlaku kecederaan selpas ada cecair keluar dari gidungnya, lewat petang semalam.

Manakala abangnya yang menjalani pembedahan masih belum sedarkan diri hingga kini.

“Harapan sekarang semoga kedua-dua ustaz terus diberikan kekuatan, kita doakan semuanya dipermudahkan,” katanya.

Sumber : Sinar Harian Online

SGMS Enal