Hiburan By: Nurul Hana May 29, 2023 @ 4:16pm

[VIDEO] “Ada Yang Ajak Suami Saya Bertumbuk” – Gara-Gara Beratur Berjam-Jam, Tak Dapat Beli Dessert…Kieda Crepe ‘Diserang’ Pelanggan

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Kieda Crepe kerap tular di media sosial kerana menjual pelbagai juadah ‘dessert’ yang diminati ramai.

Terbaharu, Kieda dan para pekerjanya yang datang jauh dari Pulau Pinang datang membuat ‘tour’ di Stadium Shah Alam untuk peminat di sekitar Lembah Klang membeli dessert jualannya.

Menerusi platform TikTok, tular video orang ramai yang datang menyerbu ke gerai Kieda dan mereka sanggup beratur berjam-jam di tengah panas demi merasa pemanis mulut hasil air tangan wanita itu.

@tvvshiii Replying to @Bandungalaici baik jee tauu kieda layann semua orang 🥺❤️ #kiedacrepeviral #roudtour #shahalam #fyp #kiedacrepeshahalam #fypdongggggggg ♬ original sound – Tashi

Namun begitu, terdapat beberapa kekecohan yang berlaku di tapak perniagaan selepas ramai meluahkan rasa berang.

Malah, ada yang memaki hamun usahawan berkenaan kerana bengang selepas beratur lama.

“Kena maki, kena tolak, ada yang tampar tangan staf saya, ada yang memaki adik saya bertubi-tubi, ada yang ajak suami saya bertumbuk. Ada juga yang mengajar saya manage perniagaan saya,” tulis Kieda di ruangan kapsyen.

@crepekiedapenang Kena maki , kena tolak , ada yang tampaq tangan staff saya , ada yang maki adik saya bertubi2 berkali2 , ad yang ajak suami saya bertumbuk. Ada juga yang mengajar saya manage bisnes saya. Dan ada juga yang support saya tunggu tanpa banyak bunyi and enjoy. Terima kasih semua warga Shah Alam. Terima kasih support #kiedacrepetour . Maafkan kekurangan kami , moga asbab ni Allah bantu kami untuk jadi manusia lebih berjaya 😭 terima kasih semua😭😭 #hqkiedacrepepenang #kiedacrepe ♬ original sound – KiedaCrepe

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang merasakan tindakan pelanggan yang berbuat demikian sudah keterlaluan, malah ada yang mendoakan supaya Kieda dan pekerjanya dimurahkan rezeki.

“Korang semua yang nak pergi beratur panas-panas, panjang lepastu gelabah sebab dah lama sangat beratur.

“Lagi orang kutuk, lagi melimpah rezeki, Alhamdulillah. Macam ni Kieda kena bawa speaker satu untuk mudahkan urusan. Bukan senang nak kawal crowd macam ni. Semoga Kieda dimurahkan rezeki,” ujar netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 17 Oct 2019

Cristiano Ronaldo Is Officially The Richest Celebrity On Instagram!

You’ll be surprised to find out who else on the list..

Hiburan Thu, 7 Dec 2017

Yang Pasti, Saya Berdiri Teguh

“Yang Pasti, Saya Berdiri Teguh Dengan Setiap Apa Yang Saya Katakan”

Trending Mon, 9 Jul 2018

Lelaki Nikah Kanak-Kanak 11 Tahun Didenda RM 1800

Peraih getah berusia 41 tahun itu dituduh mengikut Seksyen 19 dan Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (No 6) 2002 Negeri Kelantan yang masing-masing boleh membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara dua bulan.

Trending Mon, 24 Aug 2020
Featured Fri, 27 Jan 2023

‘Inni Tawakkaltu’ Untuk Penguat Semangat, Hafiz Hamidun Muncul Single Baharu

Kesedihan dan kesusahan yang kita alami tidak selalunya difahami oleh semua orang – Hafiz Hamidun

Trending Tue, 13 Aug 2019

8月13日!今天是「国际左撇子日」

8月13日是国际左撇子日(International Left Handers Day)是全世界所有左撇子的节日。

Trending Fri, 23 Nov 2018

Guru-Guru Di Malaysia Adalah Antara Guru Yang Paling Berdedikasi Di Dunia!

Ini adalah menurut bancian yang dilakukan oleh Cambridge Assessment International Education.