[VIDEO] Akhirnya Dedah Wajah Bilal! Luahan Hati Neelofa Buat Ramai Sebak – “Tiada Yang Lebih Menyayat hati Selain Anak Ummi Disakiti”

Usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor akhirnya berkongsi wajah penuh anak sulungnya, Muhammad Bilal Muhammad Haris kepada umum menerusi hantaran video di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian video itu, Neelofa, 32, sempat menitipkan kata-kata indah buat putera sulungnya yang kini mencecah usia 10 bulan.

Cinta dan sayang pada anakku Bilal. Antara kecintaan tertinggi & teragung ummi di dalam hidup ini. Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti, pasti semua ibu kasih dan cinta kan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil.

“Bilal anak ummi sayang.  Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna. Jika kekayaan yang nak dibangdingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah. Jika keselesaan yang ditaruhkan, tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyuman mu.

“Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku. Syukur yang tiada penghujung pada Mu ya Allah. Ummi doakan Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam,” tulisnya.

Bagaimanapun, perkongsian Neelofa itu membuatkan segelintir pengikutnya berasa sebak apatah lagi selepas isu penularan wajah Bilal berlaku baru-baru ini.

Tidak hanya di platform TikTok dan Instagram, kini nama Bilal dan Neelofa menjadi sohor kini dilaman sosial Twitter.

Bahkan, ia turut menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan warganet.

 

 

Terdahulu, Neelofa meluahkan rasa terkilannya apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab berkongsi wajah sebenar anaknya sehingga tular diaplikasi TikTok.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

 

 

Salma Syahbuddin