Cover Lagu Di Penjara Janji, Peminat Rindu Hafiz Suip Kembali Aktif Dalam Industri

Setelah sekian lama menyepi, penyanyi Hafiz Suip tampil mengubati kerinduan peminatnya dengan menyanyikan lagu Di Penjara Janji nyanyian asal Datuk Awie, baru-baru ini.

Hafiz telah memuat naik video nyanyian tersebut menerusi sebuah perkongsian di TikTok, sekali gus mendapat pujian daripada peminatnya.

“Dipenjara janji cover by hafizsuip,” tulisnya.

@hafizsuip90Dipenjara janji cover by hafizsuip

♬ original sound – hafizsuip90

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa rindu mereka untuk melihat pelantun lagu Awan Nano itu kembali aktif dalam industri muzik tanah air.

“King of AJL ni, vocal dan persembahan berturut-turut. Biasa tu lama tak nyanyi suara ada lagi sikit. Apa-apa teruskan kebaikan dalam hidup dan maju selalu.

“Lama tak dengar suara Hafiz.

“Kenapa menyepi sekarang. Kite da laa minat Hafiz.

“Hafiz nape tak aktif nyanyi lagi..buat lagu baru..conform masuk AJL,” komen peminatnya.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun di tonton lebih 700,000 tontonan sejak ia dimuat naik.

Fatin Nurain