Kongsi Gambar Atas Pelamin, Azira Shafinaz Buat Peminat ‘Confuse’

Manis berpakaian serba putih di atas pelamin, penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz mencuri perhatian ramai sekali gus mengundang rasa keliru dalam kalangan peminatnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Azira telah memuat naik fotonya yang mengenakan pakaian berwarna putih seakan-akan pengantin ketika menghadiri majlis pelancaran drama terbaharunya, Ijab Kabut.

“💍🤍 #IjabKabut,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminatnya dan rakan-rakan artis yang lain.

Fatin Nurain