[VIDEO] Akibat Gugup, Lelaki Tersasul Ketika Akad Nikah – “Dengan Mas Kahwin 500 Juta Tunai…”

Baru-baru ini tular sebuah video di aplikasi TikTok yang memaparkan seorang pengantin lelaki lengkap berpakaian baju melayu putih tersasul ketika sesi akad nikahnya sehingga membuatkan pengantin perempuan dan tetamu yang hadir ketawa berdekah.

Melalui video tersebut, kelihatan reaksi wajah pengantin lelaki tersebut dalam keadaan gemuruh ketika sedang berjabat tangan dengan tok kadi di hadapannya.

Secara tiba-tiba, pengantin berkenaan menyebut nilai mas kahwin sehingga RM500 juta tanpa disedari.

“Aku terima nikahnya Nurul Nadia binti Johari dengan mas kahwinnya 500 juta tunai,” ucapnya.

Tindakan pengantin tersebut telah membuatkan orang ramai di majlis tersebut ketawa terbahak-bahak. Malah, saksi dihadapannya mengucap panjang sambil menepuk dahi sejurus situasi tersebut berlaku.

@msamdanialNERVOUS AKAD NIKAH PUNYA PASAL SAMPAI AKU PUNYA MAS KAHWIN JADI RM 500 JUTA TUNAI 😂😂😂😂♬ original sound – Sam Danial

Video yang dikongsikan oleh pengantin lelaki itu sendiri menyatakan yang dia sedang dalam keadaan gemuruh.

“Nervous akad nikah punya pasal sampai aku punya mas kahwin jadi RM500 juta tunai,” tulisnya diruangan kapsyen.

Dalam pada itu, rata-rata wargamaya membahan dan meninggalkan komen yang melucukan di video tersebut.

Video perkongsian tersebut telah meraih lebih 32,000 tontonan dan lebih 3000 tanda suka di platform TikTok.Baru-baru ini tular sebuah video di aplikasi TikTok yang memaparkan seorang pengantin lelaki lengkap berpakaian baju melayu putih tersasul ketika sesi akad nikahnya sehingga membuatkan pengantin perempuan dan tetamu yang hadir ketawa berdekah.

Melalui video tersebut, kelihatan reaksi wajah pengantin lelaki tersebut dalam keadaan gemuruh ketika sedang berjabat tangan dengan tok kadi di hadapannya.

Secara tiba-tiba, pengantin berkenaan menyebut nilai mas kahwin sehingga RM500 juta tanpa disedari.

“Aku terima nikahnya Nurul Nadia binti Johari dengan mas kahwinnya 500 juta tunai,” ucapnya.

Tindakan pengantin tersebut telah membuatkan orang ramai di majlis tersebut ketawa terbahak-bahak. Malah, saksi dihadapannya mengucap panjang sambil menepuk dahi sejurus situasi tersebut berlaku.

Video yang dikongsikan oleh pengantin lelaki itu sendiri menyatakan yang dia sedang dalam keadaan gemuruh.

“Nervous akad nikah punya pasal sampai aku punya mas kahwin jadi RM500 juta tunai,” tulisnya diruangan kapsyen.

Dalam pada itu, rata-rata wargamaya membahan dan meninggalkan komen yang melucukan di video tersebut.

Video perkongsian tersebut telah meraih lebih 32,000 tontonan dan lebih 3000 tanda suka di platform TikTok.

Atiqah Johari