[VIDEO] Aksi Fuad Rahman & Tom Berhibur Dalam Kereta Dikecam Netizen! – “Dah Macam Kat Kelab Malam”

Penyanyi Fuad Rahman, 43, sekali lagi meraih perhatian ramai selepas membuat pendedahan menjalinkan hubungan bersama, penyanyi Tom, 36, selepas tamat sebuah program realiti.

Baru-baru ini, sebuah video tular di aplikasi TikTok memaparkan pasangan ini sedang menari di dalam kereta dan ia mendapat reaksi mengejutkan orang ramai.

Menerusi video berdurasi 24 saat itu, Fuad dan Tom berada di dalam sebuah kereta sedang rancak menari bersama efek lampu ala disko.

“Dah macam dekat kelab, padahal dekat dalam kereta je pun,” tulis individu yang memuat naik video berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, video tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen dan rata-rata mereka mengkritik pasangan ini.

 

Video tersebut telahpun meraih sebanyak 81,000 tontonan, 500 tanda suka dan lebih 100 komen.

Aqilah Paharuzi