[VIDEO] “Anak No 2 Memang Macam Ni” – Telatah Anak Scha Alyahya Jadi Perhatian Netizen

Anak kepada pasangan pelakon dan pengacara terkenal Scha Alyahya dan Awal Ashaari iaitu Lila Amina mencuit hati netizen dengan telatahnya yang merajuk dengan ibunya.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Scha memarahi puteri keduanya itu kerana bermain dengan oven.

Namun, selepas ditegur, Lila hanya berbaring diam dilantai sambil tangannya memegang pintu oven dan menjeling ibunya.

Meninjau diruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut terhibur dengan telatah lucunya itu dan memberitahu perangai anak kedua selalunya memang begitu.

“Num 2 memang macam ni beb, geram comel pandai merajuk.. hahaha,” kata Yana Samsudin.

“Hahaha dia tetap pegang ye… testing water katanya,” kata Liza Hanim.

“Anak no 2 kan.. hahaha.. aduh jelingan dia..

“Eh sama la anak no 2 kita aihh.

“No 2 kan. Biasalah keras sikit. Tangan tu tetap tak nak lepas handle oven tu kan. Hahaha,” komen netizen.

Maya Basir