[VIDEO] Anzalna Kongsi Rezeki Bantu Bapa Tunggal & Bayi Shopping Barang Bayi Buat Ramai Sebak

Pelakon Anzalna Nasir mencuri tumpuan warganet apabila membuat perkongsian dia membantu seorang bapa tunggal yang memerlukan barangan keperluan bayi.

Menerusi perkongsian tersebut, Anzalna memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dia membeli-belah bersama individu bertuah tersebut.

Lebih bermakna, individu tersebut turut membawa anak kecilnya bersama ketika bertemu dengan Anzalna.

Video tersebut memaparkan bapa tunggal tersebut sedang membuat pilihan produk bayi seperti alatan permainan, makanan bayi, cucian bayi dan pakaian.

Di akhir video turut menyaksikan anak sulung Anzalna, Mohamad Eidrees memegang dan mencium tangan bayi tersebut dengan teruja.

“Rezeki yang Allah bagi perlu dikongsi bersama mereka yang memerlukan.

“Kali ini Anzalna bawa single daddy bersama anak kesayangan shopping di tempat kegemaran Anzalna,” tulisnya.

Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, dia menyatakan akan membawa keluarga yang memerlukan keperluan bayi untuk membeli-belah.

“Insya-Allah nanti Anzalna akan bawa lagi keluarga yang bertuah shopping. Korang tolong tag keluarga yang memerlukan barang bayi,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen perkongsian tersebut, ramai meluahkan rasa terharu dan sebak melihat video tersebut. Malah ramai juga berterima kasih kepada Anzalna kerana membantu mereka yang memerlukan.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 330,000 tontonan, 27,000 tanda suka dan lebih 800 komen.

Khairil Khusyairi